Tukar tempat fail iTunes anda disimpan pada Mac
Secara lalai, muzik, rancangan TV, filem, podcast dan fail lain yang muncul dalam pustaka iTunes anda disimpan di sini:
Utama/Muzik/iTunes/iTunes Media
Anda boleh menukar tempat fail media iTunes anda disimpan.
Penting: Untuk hasil terbaik, jangan tukar lokasi folder iTunes atau folder di dalamnya.
Tukar tempat fail yang diimport disimpan
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih iTunes > Keutamaan, kemudian klik Lanjutan.
Klik Tukar, kemudian pilih lokasi baru untuk fail anda.
Mulai sekarang, lagu baru dan item lain yang anda import akan disimpan dalam lokasi baru. Lagu yang telah anda import kekal dalam lokasi semasanya.
Untuk kembali menyimpan fail yang diimport dalam folder iTunes, pilih iTunes > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian klik Reset.
Sepadukan fail anda dalam folder iTunes
Bergantung pada cara anda mengimport item ke dalam iTunes, beberapa item dalam pustaka anda mungkin disimpan di lokasi lain (contohnya dalam folder lain atau pada peranti storan lain).
Anda boleh menyepadukan semua fail dalam pustaka anda ke dalam folder iTunes—contohnya, untuk memudahkan anda mengalihkan pustaka anda ke komputer baru.
Dalam app iTunes pada Mac anda, Fail > Pustaka > Susun Pustaka
Pilih “Sepadukan fail”.
Fail kekal di lokasi asalnya dan salinan diletakkan dalam folder iTunes.
Untuk mencipta folder (Muzik, Filem, Rancangan TV, Podcast, Buku Audio dan seterusnya) dalam folder iTunes anda dan letakkan semua fail media anda yang diimport dalam folder yang bersesuaian, pilih “Susun semula fail dalam folder ‘iTunes Media’”.
Tambah fail pada pustaka anda tanpa menambahnya pada folder iTunes anda
Apabila anda menambah item yang sedia ada dalam komputer anda ke pustaka iTunes, iTunes meletakkan salinan fail dalam folder iTunes anda. Fail asal kekal di lokasi semasanya.
Anda boleh menukar seting ini agar fail ditambah pada pustaka iTunes anda tanpa ditambah pada folder iTunes. Anda juga mungkin ingin melakukan ini jika anda lebih suka menyimpan fail video pada cakera luaran tetapi masih mahu melihatnya dalam iTunes.
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih iTunes > Keutamaan, kemudian klik Lanjutan.
Nyahpilih kotak semak bersebelahan “Salin fail ke folder iTunes Media apabila menambah pada pustaka.”
Mulai sekarang, apabila anda menyeret fail ke pustaka anda atau memilih Fail > Tambah ke Pustaka, item muncul dalam iTunes, tetapi fail sebenar tidak disalin atau dipindahkan.
Petua: Anda boleh menterbalikkan seting ini buat sementara dengan menahan kekunci Option semasa anda menyeret fail ke tetingkap iTunes.
Cari fail iTunes anda
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih pilihan (contohnya, Muzik atau Filem) daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Ketahui tempat fail disimpan: Pilih item, kemudian pilih Edit > Info [Item].
Laluan kepada fail ditunjukkan di bahagian bawah anak tetingkap Fail (bersebelahan Lokasi).
Tunjukkan fail dalam Finder: Pilih item, kemudian pilih Fail > Tunjukkan dalam Finder.
Jika lagu tidak muncul dalam iTunes lagi
Jika lagu yang biasa ada dalam iTunes sudah tiada sekarang, hal ini mungkin disebabkan oleh fail Pustaka iTunes telah dialihkan daripada folder iTunes atau lagu telah dipindahkan daripada folder iTunes. Untuk membuatkan lagu anda muncul kembali dalam tetingkap iTunes:
Cari folder iTunes anda dalam Finder, kemudian seretnya ke tetingkap iTunes. Anda akan melihat kembali lagu tersebut dalam pustaka anda. Jika fail Pustaka iTunes disertakan, anda juga boleh melihat senarai main, penilaian lagu dan maklumat lain yang anda cipta.
Jika ini tidak berhasil, lagu anda mungkin berada di tempat lain pada pemacu keras anda. Dalam Finder, pilih Fail > Cari dan cari lagu mengikut tajuk atau artis. Atau cari “MP4” untuk mencari fail yang dimuat turun daripada iTunes Store atau “MP3” untuk mencari lagu yang dikodkan dalam format MP3. Seret lagu (atau folder yang mengandungi lagu) pada tetingkap iTunes untuk menambah lagu ke iTunes sekali lagi.