Penyelesaian kebolehcapaian untuk iTunes pada Mac
Ciri iTunes yang berikut memberi penyelesaian kebolehcapaian untuk orang kurang upaya:
VoiceOver: Anda boleh menggunakan VoiceOver, pembaca skrin yang disertakan dengan macOS, semasa menggunakan iTunes dan iTunes Store. Lihat Gunakan ciri kebolehcapaian pada Mac.
Kapsyen untuk filem dan podcast: iTunes boleh memainkan filem dengan kapsyen dan sari kata. Anda boleh membeli atau menyewa filem yang termasuk kapsyen tertutup daripada iTunes Store. iTunes Store juga menawarkan banyak podcast berkapsyen. Lihat Mainkan filem dan video lain.
Pintasan papan kekunci: Anda boleh menggunakan papan kekunci untuk melakukan banyak tugas dalam iTunes. Untuk senarai penuh, lihat Pintasan papan kekunci iTunes.
Menu dituturkan: iPod nano dan iPod shuffle boleh menyebut nama menu, lagu dan artis untuk membantu anda melayari dan memilih lagu. Lihat Aktifkan ciri kebolehcapaian untuk peranti.
Penyelesaian pada peranti yang lain: iPhone 3GS (atau lebih baru) dan iPad mempunyai ciri kebolehcapaian seperti Zum, Terbalikkan Warna, Audio Mono dan Sebutkan Teks Auto. Model iPod yang disokong boleh mengumumkan nama lagu, artis dan lebih banyak. Lihat Aktifkan ciri kebolehcapaian untuk peranti.