Panduan Pengguna iTunes
- Selamat Datang
- Apakah iTunes?
-
- Cara untuk menambah item
- Pindahkan pembelian daripada peranti mudah alih
- Import lagu daripada Internet
- Eksport muzik atau video daripada app lain
Masuk dan lihat lirik dalam iTunes pada Mac
Jika anda pelanggan Apple Music, anda boleh lihat lirik untuk lagu yang sedang dimainkan. Anda juga boleh memasukkan lirik lagu ke dalam iTunes dan melihatnya pada bila-bila masa. Anda tidak boleh menambah lirik pada sesetengah jenis fail, seperti WAV dan QuickTime.
Lihat lirik lagu untuk lagu yang sedang dimainkan
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Klik butang Seterusnya , kemudian klik Lirik.
Masukkan lirik lagu
Dalam app iTunes pada Mac anda, pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Control-klik lagu, kemudian pilih Info Lagu.
Klik Lirik, kemudian pilih Lirik Tersuai di bahagian bawah tetingkap.
Masukkan perkataan ke dalam lagu, kemudian klik OK.
Dengan sesetengah peranti iOS dan model iPod, anda boleh melihat lirik lagu pada peranti jika anda telah memasukkannya ke dalam iTunes. Lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.