Temui muzik dengan rakan dalam iTunes pada PC
Apabila anda menyertai Apple Music, anda boleh berhubung dengan rakan anda untuk berkongsi senarai main anda dan apa-apa yang anda dengari serta menemui muzik baru bersama.
Cipta profil anda
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, daftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda jika anda belum lagi mendaftar masuk.
Klik butang Akaun Saya di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Mulakan.
Anda boleh menambah rakan untuk diikuti selepas anda menyediakan profil anda.
Tambah rakan ke profil anda
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, daftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda jika anda belum lagi mendaftar masuk.
Klik butang Akaun Saya di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Cari Lebih Ramai Rakan di bahagian bawah profil anda.
Klik Cari Lebih Ramai Rakan, kemudian klik Ikuti atau Jemput untuk bersambung dengan rakan.
Untuk menentukan orang yang muncul dalam senarai ini, pilih Akaun > Apple Music > Seting Cari Rakan. Anda boleh memilih untuk melihat kenalan anda dan orang daripada akaun dipautkan (seperti Facebook).
Klik Selesai.
Secara alternatif, anda boleh memasukkan nama rakan dalam medan carian, pilih hasil, kemudian klik Ikuti. Jika anda tidak dapat mencari seseorang, pastikan mereka mencipta profil. Jika profil rakan diperibadikan, mereka perlu meluluskan permintaan anda.
Untuk berhenti mengikuti seseorang, klik butang Akaun Saya, klik profil rakan tersebut, kemudian klik Mengikuti.
Untuk menerima atau menolak permintaan daripada orang yang mahu mengikuti anda, klik butang Akaun Saya, kemudian klik Lihat Permintaan. Anda menerima permintaan hanya jika anda memilih Orang Anda Pilih dalam profil anda.
Untuk mengeluarkan profil anda, klik butang Akaun Saya, klik Edit, kemudian klik Padam Profil.
Tunjukkan muzik yang anda dengari
Dalam app iTunes pada PC anda, cipta senarai main.
Pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Pilih senarai main dalam bar sisi, kemudian pilih “Terbitkan pada profil dan dalam carian”.
Lihat apa yang rakan anda sedang dengar
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Jika anda tidak nampak Untukmu, daftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda jika anda belum lagi mendaftar masuk.
Klik butang Akaun Saya di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik gambar profil orang untuk melihat lagu yang individu itu dengari.
Petua: Untuk melihat muzik yang semua rakan anda dengari dengan mudah, klik Untukmu, kemudian di bawah Pengesyoran, skrol ke Rakan Sedang Mendengar. Foto profil rakan anda muncul di penjuru kanan bawah karya seni album.