Lihat album foto yang dikongsi di iCloud untuk Windows
Apabila anda menyediakan iCloud untuk Windows dan menghidupkan Album Dikongsi, anda boleh melihat album foto anda yang dikongsi pada PC anda dalam app Album Dikongsi iCloud.
Pilih menu Mula > Album Dikongsi iCloud.

Untuk melihat foto dan video yang disimpan dalam Foto iCloud, lihat Muat turun dan lihat Foto iCloud pada komputer Windows anda.
Nota: Jika anda menggunakan iCloud untuk Windows versi 7, anda boleh melihat album dikongsi dalam Penjelajah Fail atau Windows Explorer. Klik Foto iCloud dalam anak tetingkap Navigasi, kemudian dwiklik Dikongsi (atau lokasi yang anda pilih semasa persediaan).