Pulihkan fail iCloud Drive yang dipadamkan baru‑baru ini dalam iCloud untuk Windows
Anda boleh memulihkan fail yang anda padamkan daripada iCloud Drive pada komputer Windows anda dalam masa 30 hari yang lalu.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Semak Tong Kitar Semula: Jika anda memadamkan fail pada komputer Windows anda, buka Tong Kitar Semula dan cari fail tersebut. Klik kanan pada fail, kemudian pilih Pulihkan.
Pulihkan fail di web: Jika anda tidak melihat fail yang anda cari dalam Tong Kitar Semula (atau ingin memulihkan fail yang anda padamkan pada peranti lain), pergi ke iCloud.com. Anda boleh memulihkan fail daripada folder Baru Dipadamkan dalam iCloud Drive atau menggunakan Pulihkan Fail dalam Seting Akaun. Untuk arahan, lihat Pulihkan fail yang dipadamkan di iCloud.com dalam Panduan Pengguna iCloud.