Eksport kata laluan iCloud kepada fail pada komputer Windows anda
Anda boleh mengeksport kata laluan untuk tapak web dan app kepada fail CSV, kemudian import kepada pengurus kata laluan lain.
AMARAN: Kata laluan yang anda eksport tidak disulitkan dan dapat dilihat oleh sesiapa yang boleh mengakses fail tersebut. Selepas anda mengimport kata laluan kepada pengurus kata laluan lain, padamkan fail yang anda eksport.
Klik
, kemudian cari dan pilih dua atau lebih akaun.Nota: Anda perlu memilih sekurang-kurangnya dua akaun untuk mengeksport mana-mana kata laluan. Anda tidak boleh mengeksport hanya satu kata laluan.
Untuk memilih semua akaun anda, klik Pilih Semua.
Klik Eksport Kata Laluan, kemudian klik Eksport Kata Laluan sekali lagi.
Pilih tempat untuk menyimpan fail kata laluan yang dieksport, kemudian klik Simpan.