Muat turun dan lihat Foto iCloud pada komputer Windows anda
Apabila anda menyediakan Foto dalam iCloud untuk Windows, anda boleh melihat foto dan video yang disimpan dalam Foto iCloud terus pada komputer anda. Jika foto atau video diedit atau dipadam pada peranti Apple atau di iCloud.com, perubahan tersebut muncul di sini secara automatik.
Nota: Jika anda menggunakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud pada peranti Apple anda, perubahan kepada foto atau video anda hanya akan muncul secara automatik dengan iCloud untuk Windows 14.
Anda melihat imej kecil foto dan video anda sehingga anda memuat turun foto dan video tersebut. Sebaik sahaja foto dan video dimuat turun ke komputer anda, anda juga boleh melihatnya dalam app seperti Foto Microsoft.
Pada komputer Windows and, buka Penjelajah Fail, kemudian klik Foto iCloud dalam tetingkap Navigasi.
Jika anda tidak melihat Foto iCloud, klik Gambar dalam tetingkap Navigasi, kemudian dwiklik Foto iCloud.
Dwiklik imej kecil untuk muat turun dan melihatnya.
Ikon di sebelah nama fail foto atau video menunjukkan status muat turunnya dan sama ada foto atau video merupakan sebahagian daripada Pustaka Foto Dikongsi iCloud anda. Lihat senarai ikon dan maksud ikon tersebut.
Nota: Jika anda mengedit foto atau video pada komputer Windows anda, pengeditan tersebut tidak muncul pada peranti Apple anda atau di iCloud.com. Jika anda mahu fail yang diedit ditambahkan ke Foto iCloud, muat naiknya sebagai fail baharu.
Ketahui cara memuat turun dan melihat foto yang anda Gunakan Foto iCloud dalam iCloud untuk Windows versi 7.