Sediakan Penanda Buku iCloud pada komputer Windows anda
Apabila anda menyediakan iCloud untuk Windows, anda boleh mengakses penanda buku web yang disimpan dalam iCloud pada komputer Windows anda. Sebarang penanda buku yang anda tambahkan pada PC anda akan sentiasa dikemas kini dengan penanda buku pada peranti Apple anda.
Pada komputer Windows anda, buka iCloud untuk Windows.
Pilih Penanda Buku.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
iCloud untuk Windows versi 14: Klik Pasang Sambungan di sebelah setiap pelayar yang ingin anda gunakan dengan Penanda Buku, kemudian ikuti arahan pada skrin.
iCloud untuk Windows versi 13 atau terdahulu: Dalam dialog, pilih pelayar yang ingin anda gunakan dengan Penanda Buku, kemudian klik OK. Jika anda tidak melihat dialog, klik Pilihan.
Klik Guna.
Klik Gabung untuk berkongsi data penanda buku semasa PC anda dengan iCloud.
Ikut arahan pada skrin untuk memuat turun tambahan atau sambungan pelayar.
Untuk mengetahui cara menyimpan penanda buku web dalam iCloud pada peranti Apple anda, lihat Sediakan iCloud untuk Safari pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.