Pastikan foto dan video dimuat turun di iCloud untuk Windows
Dalam iCloud untuk Windows, anda boleh memilih foto dan video yang tersimpan dalam Foto iCloud yang mahu dimuat turun ke komputer anda. Anda mesti memuat turun foto atau video sebelum anda boleh membuka foto atau video itu.
Anda boleh mengepin foto atau video berasingan, atau keseluruhan folder Foto iCloud anda untuk memastikan foto atau video itu dimuat turun ke peranti anda. Jika foto atau video dipin, anda dapat melihat bersebelahan nama fail dalam Penjelajah Fail.
Nota: Anda tidak boleh mengepin foto dan video dalam iCloud untuk Windows versi 7.
Pin foto atau video
Pada komputer Windows and, buka Penjelajah Fail, kemudian klik Foto iCloud dalam tetingkap Navigasi.
Jika anda tidak melihat Foto iCloud, klik Gambar dalam tetingkap Navigasi, kemudian dwiklik Foto iCloud.
Klik kanan foto atau video yang ingin dipinkan, kemudian pilih "Sentiasa simpan pada peranti ini".
Apabila foto atau video dipinkan, "Sentiasa simpan di peranti ini" mempunyai tanda semak di sebelahnya.
Nyahpinkan foto atau video
Pada komputer Windows and, buka Penjelajah Fail, kemudian klik Foto iCloud dalam tetingkap Navigasi.
Jika anda tidak melihat Foto iCloud, klik Gambar dalam tetingkap Navigasi, kemudian dwiklik Foto iCloud.
Klik kanan foto atau video yang mahu anda nyahpinkan.
Dalam menu pintasan, pilih "Sentiasa simpan pada peranti ini" untuk mengeluarkan tanda semak dan menyahpin item.
Tindakan nyahpinkan foto atau video tidak mengeluarkannya daripada PC anda. Untuk mengeluarkannya, lihat Keluarkan fail dan foto iCloud untuk mengosongkan ruang pada PC anda.
Jika foto atau video dipadam pada peranti lain yang menghidupkan Foto iCloud, ia juga akan dipadam dari komputer anda, walaupun dipinkan. Jika anda ingin membuat sandaran foto atau video ke PC anda, salin fail itu ke folder lain. Lihat artikel Sokongan Apple Arkibkan atau buat salinan maklumat yang anda simpan dalam iCloud.