Keluarkan fail dan foto iCloud untuk mengosongkan ruang pada PC anda
Anda boleh mengeluarkan fail, foto dan video yang dimuat turun daripada iCloud untuk Windows bagi mengosongkan ruang pada komputer anda.
Nota: Ciri ini tidak disokong dalam iCloud untuk Windows versi 7.
Pada komputer Windows anda, buka Penjelajah Fail, kemudian klik iCloud Drive atau Foto iCloud dalam tetingkap Navigasi.
Klik kanan fail yang ingin anda keluarkan. Untuk iCloud Drive, anda juga boleh memilih folder yang mengandungi kandungan yang dimuat turun.
Anda boleh melihat status muat turun fail atau folder dalam iCloud Drive atau foto atau video dalam Foto iCloud bersebelahan dengan nama fail dalam Penjelajah Fail.
Dalam menu pintasan, pilih “Kosongkan ruang”.
Sebaik sahaja item tersebut dikeluarkan, anda akan melihat bersebelahan dengan nama fail dalam Penjelajah Fail. Ia masih disimpan dalam iCloud, tetapi tidak lagi dimuat turun ke PC anda.
Nota: Jika item tersebut telah dipin, ia akan dinyahpin.
Anda juga boleh menyediakan Windows untuk mengurus storan fail secara automatik. Lihat artikel sokongan Windows Manage drive space with Storage Sense.
Anda juga boleh mengeluarkan item daripada iCloud untuk mengosongkan ruang storan iCloud. Apabila anda mengeluarkan item daripada iCloud, ia akan dikeluarkan daripada semua peranti anda. Lihat artikel Sokongan Apple Urus storan iCloud anda.