Kongsi fail dan folder iCloud Drive dalam iCloud untuk Windows
Dengan iCloud untuk Windows, anda boleh berkongsi fail dan folder secara terus daripada Penjelajah Fail. Jika fail atau folder dikongsi, anda akan melihat
di sebelah nama fail jika anda berkongsi item atau
jika seseorang berkongsi item dengan anda. Lihat senarai ikon dan maksud ikon tersebut.
Nota: Ciri ini tidak disokong dalam iCloud untuk Windows versi 7.
Kongsi fail dan folder daripada Penjelajah Fail
Pada komputer Windows anda, buka Penjelajah Fail, kemudian klik iCloud Drive dalam anak tetingkap Navigasi.
Klik kanan fail atau folder yang anda mahu kongsi, pilih Kongsi dengan iCloud Drive, kemudian pilih “Kongsi pautan”.
Klik Tambah, kemudian tambahkan alamat e-mel atau nombor telefon peserta anda di bawah Peserta.
Di bawah Pilihan Perkongsian, pilih orang yang boleh mengakses fail atau folder.
Klik Guna.
Apabila anda berkongsi folder, hanya peserta boleh mengakses fail dalam folder yang dikongsi. Untuk menjemput lebih ramai orang mengakses fail, anda mesti mengubah seting folder yang dikongsi. Anda tidak boleh memilih fail atau folder berasingan di dalam folder yang dikongsi dan menambah peserta kepada fail dan folder tersebut.
Urus peserta atau pilihan perkongsian
Pemilik atau pemilik bersama fail atau folder boleh mengurus peserta dan pilihan perkongsian.
Pemilik bersama boleh menambah atau mengeluarkan peserta dan menukar peranan mereka, tetapi hanya pemilik boleh menghentikan perkongsian sepenuhnya.
Nota: Anda tidak boleh mengubah seting perkongsian untuk dokumen individu dalam folder yang dikongsi. Anda mesti mengubah seting folder.
Pada komputer Windows anda, buka Penjelajah Fail, kemudian klik iCloud Drive dalam anak tetingkap Navigasi.
Klik kanan pada fail atau folder dikongsi, pilih Kongsi dengan iCloud Drive, kemudian pilih Urus Fail Dikongsi atau Urus Folder Dikongsi.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah peserta: Klik “Tambah peserta”, kemudian masukkan alamat e-mel peserta.
Keluarkan peserta: Klik kanan nama peserta, kemudian pilih “Keluarkan peserta”.
Tukar peranan peserta: Klik kanan nama peserta, kemudian pilih “Pemilik Bersama”, “Boleh edit” atau “Boleh lihat dan muat turun”.
Edit pilihan perkongsian: Di bawah Pilihan Perkongsian, pilih orang yang boleh mengakses fail atau folder.
Klik Guna.
Keluarkan diri anda daripada fail atau folder yang dikongsi
Jika anda merupakan seorang peserta, anda boleh mengeluarkan diri anda dari fail atau folder yang dikongsi.
Pada komputer Windows anda, buka Penjelajah Fail, kemudian klik iCloud Drive dalam anak tetingkap Navigasi.
Klik kanan pada fail atau folder dikongsi, pilih Kongsi dengan iCloud Drive, kemudian pilih Urus Fail Dikongsi atau Urus Folder Dikongsi.
Klik “Tinggalkan perkongsian”.
Berhenti berkongsi fail atau folder
Anda mestilah pemilik fail atau folder untuk berhenti berkongsi fail atau folder itu.
Pada komputer Windows anda, buka Penjelajah Fail, kemudian klik iCloud Drive dalam anak tetingkap Navigasi.
Klik kanan pada fail atau folder dikongsi, pilih Kongsi dengan iCloud Drive, kemudian pilih Urus Fail Dikongsi atau Urus Folder Dikongsi.
Lakukan salah satu yang berikut:
Berhenti berkongsi dengan semua peserta: Klik Hentikan Perkongsian, kemudian klik Ya.
Berhenti berkongsi dengan hanya seorang peserta: Klik kanan peserta yang anda mahu keluarkan, pilih “Keluarkan peserta”, kemudian klik Gunakan.
Jika anda berhenti berkongsi atau memadam folder yang dikongsi, peserta tidak boleh lagi melihat atau mengedit fail dalam folder.