Jajar item pada papan Freeform pada Mac
Tempatkan dan jajarkan item pada papan Freeform anda secara mudah dengan menggunakan panduan penjajaran, grid titik dan menu Susun.
Jajar item pada papan
Anda boleh menjajarkan item pada papan Freeform anda supaya ia dijarakkan secara sama rata.
Pergi ke app Freeform pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Jika item dikunci, anda perlu mengklik sebelum anda boleh menjajarkannya.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Jajar berbilang item secara menegak atau secara mendatar: Pilih Susun > Jajarkan Objek, kemudian pilih pilihan.
Jarakkan tiga atau lebih banyak item sama rata: Pilih Susun > Agih Objek, kemudian pilih item.
Petua: Anda juga boleh mengklik untuk menjajarkan dan mengagihkan item pada papan.
Aktifkan atau nyahaktifkan grid titik latar belakang
Anda boleh menunjukkan grid titik kelabu pada papan anda, yang membenarkan anda untuk melihat sama ada item sebaris dengan lebih mudah.
Pergi ke app Freeform pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Lakukan satu daripada berikut:
Tunjukkan grid titik: Klik (atau pilih Paparan > Tunjukkan Grid).
Sembunyikan grid titik: Klik (atau pilih Paparan > Sembunyikan Grid).
Untuk membuat penjuru dan titik sejajar dengan titik berdekatan pada grid semasa anda mensaiz semula atau mengalihkan item, pilih Paparan > Lekat ke Grid. Seting ini mempengaruhi semua papan terbuka dan papan yang akan anda buka atau cipta.
Aktifkan atau nyahaktifkan panduan penjajaran
Anda boleh menggunakan panduan penjajaran untuk membantu anda meletakkan item secara tepat. Apabila panduan diaktifkan, panduan kelihatan semasa anda menyeret item pada papan yang dijajarkan dengan, atau dijarakkan sama ke, item yang lain. Anda boleh menyahaktifkan dan mengaktifkan panduan mengikut keperluan.
Pergi ke app Freeform pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Pilih Paparan > Panduan, kemudian pilih mana-mana daripada berikut (tanda semak bersebelahan item menandakan ia aktif):
Panduan Tengah: Panduan kelihatan apabila pusat item sejajar dengan pusat item lain.
Panduan Pinggir: Panduan kelihatan apabila pinggir item sejajar dengan pinggir item lain.
Pensaizan Relatif: Panduan kelihatan apabila item sepadan dengan saiz item lain dalam dimensi yang tertentu (contohnya, tinggi).
Jarak Relatif: Panduan kelihatan apabila tiga atau lebih banyak item diletakkan dengan jarak sama rata dalam satu baris.
Gunakan Tindak Balas Haptik: Semasa anda mengalihkan item menggunakan trackpad atau Magic Mouse Apple, anda merasakan maklum balas taktil apabila item dijajarkan dengan betul (termasuk kepada sebarang kaedah di atas).