Bermula dengan Freeform pada Mac
Anda boleh menggunakan app Freeform (termasuk pada Mac anda) untuk mencari ilham anda sendiri atau dengan orang lain—rancang jadual perjalanan, bina papan cerita, cipta carta tempat duduk dan banyak lagi. Begini caranya untuk bermula.
Cipta papan
Papan Freeform ialah papan putih dalam talian yang membolehkan anda mengusahakan projek individu, mengadakan sesi memerah otak berkumpulan, atau menggabungkan kedua-duanya. Untuk bermula, buka app Freeform dan klik dalam bar alat.
Tambah teks, media dan banyak lagi
Tambah hampir apa-apa sahaja pada papan—contohnya, klik untuk menambah teks, untuk menambah pautan atau foto, atau untuk menambah nota lekat. Teruskan mengklik dan menambah untuk membina papan anda. Formatkan dan alihkan item ke sekeliling sehingga papan anda sepadan dengan idea anda—lebih besar, lebih baik.
Jadikan papan lebih mudah dicari
Jadikan papan sebagai kegemaran supaya anda boleh mencarinya dengan cepat dalam kategori Kegemaran dalam bar sisi. Klik atau pilih papan dan pilih Fail > Tambah ke Kegemaran.
Mulakan pada Mac anda, selesaikan pada iPad anda
Daftar masuk ke Mac anda dengan Apple ID anda supaya anda boleh mengakses papan anda pada semua peranti Apple anda. Untuk menggunakan iCloud dengan Freeform, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, klik iCloud di sebelah kanan, klik Tunjukkan Semua, kemudian aktifkan Freeform.
Mahu ketahui lebih lanjut?