Kongsi papan Freeform pada Mac
Anda boleh bekerjasama dengan orang lain dengan berkongsi papan Freeform. Sesiapa sahaja yang anda tambah menerima jemputan untuk membuka papan dalam app Freeform. Anda boleh mengurus papan yang anda kongsi dan papan yang dikongsi dengan anda dengan mengeluarkan akses, menyalin pautan dan banyak lagi.
Nota: Untuk mengedit atau melihat papan, semua orang yang anda kongsikan mesti mendaftar masuk dengan Apple ID mereka pada peranti dengan iOS 16.2, iPadOS 16.2, macOS 13.1 atau lebih baharu. Untuk bekerjasama menggunakan Mesej, anda dan sesiapa yang anda jemput juga mesti mengaktifkan iMessage. Lihat Sediakan Mesej.
Jemput orang lain untuk bekerjasama pada papan
Dalam app Freeform pada Mac anda, klik kategori dalam bar sisi, kemudian dwiklik papan untuk membukanya.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Klik butang Kongsi dalam bar alat.
Klik anak panah kanan di bahagian atas, kemudian pilih orang yang boleh melihat dan membuat perubahan pada papan (hanya orang yang anda jemput, atau sesiapa dengan pautan).
Pilih cara anda mahu berkongsi papan, seperti Mesej, Mail, atau AirDrop.
Orang dan kumpulan yang mempunyai perbualan Mesej terbaru dengan anda disenaraikan di bahagian atas. Klik salah satu untuk berkongsi papan dengan mereka dalam Mesej.
Petua: Jika anda berkongsi papan dalam Mesej, anda mendapat kemas kini dalam perbualan Mesej apabila seseorang membuat perubahan pada papan dikongsi.
Jika perlu, tambah penerima dengan melakukan salah satu daripada berikut:
Taipkan nama, alamat e-mel, atau nombor telefon untuk setiap penerima.
Klik butang Tambah untuk memilih seseorang daripada Kenalan.
Semasa peserta menyertai atau meninggalkan papan, pemberitahuan kelihatan di penjuru kanan atas dan anda boleh melihat jumlah orang dalam papan dikongsi.
Tambah lebih peserta ke papan dikongsi
Jika anda pemilik papan dikongsi, atau pemilik telah memberi kebenaran, anda boleh menambah lebih orang ke papan.
Dalam app Freeform pada Mac anda, klik Dikongsi dalam bar sisi, Control-klik papan, kemudian pilih Urus Papan Dikongsi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Klik Kongsi Dengan Lebih Ramai Orang, kemudian ikuti langkah untuk berkongsi papan.
Apabila seseorang telah dijemput tetapi belum menerima, “Dijemput” kelihatan di bawah nama orang tersebut.
Urus seting perkongsian
Anda boleh menukar akses dan keizinan untuk individu atau untuk semua orang selepas anda mula berkongsi papan.
Dalam app Freeform pada Mac anda, klik Dikongsi dalam bar sisi, Control-klik papan, kemudian pilih Urus Papan Dikongsi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Kunci papan untuk pengeditan: Klik menu timbul Keizinan, kemudian pilih “boleh lihat sahaja”.
Berikan akses pengeditan: Klik menu timbul Keizinan, kemudian pilih “boleh membuat perubahan”.
Benarkan orang lain untuk menambah peserta: Pilih “Sesiapa boleh menambah lebih ramai orang”.
Tukar akses dan keizinan secara individu: Alihkan penuding ke atas nama peserta, klik butang Lagi , kemudian laraskan setingnya.
Jemput orang lain dengan pautan: Daripada menu timbul Keizinan, pilih “Sesiapa dengan pautan”, kemudian klik Salin Pautan.
Nota: Pemilik dan peserta boleh menyalin pautan untuk dihantar ke orang lain, tetapi hanya orang yang telah dijemput untuk membuka papan boleh menggunakan pautan tersebut.
Berhenti berkongsi atau bekerjasama
Dalam app Freeform pada Mac anda, klik Dikongsi dalam bar sisi, Control-klik papan, kemudian pilih Urus Papan Dikongsi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Keluarkan peserta: Gerakkan penuding ke atas nama peserta, klik butang Lagi , kemudian pilih Keluarkan Akses.
Keluarkan diri anda sebagai peserta: Gerakkan penuding ke atas nama anda, klik butang Lagi , kemudian pilih Keluarkan Saya.
Berhenti berkongsi papan dengan semua peserta: Klik Henti Berkongsi, kemudian klik Teruskan.
Papan tidak lagi kelihatan dalam kategori Dikongsi peserta; walau bagaimanapun, anda masih mempunyai akses kepadanya.