Lukis dan lakar dalam papan Freeform pada Mac
Anda boleh melukis, menganotasi atau menulis tangan secara terus dalam papan Freeform anda menggunakan alat melukis atau alat pen. Anda juga boleh menggunakan iPhone atau iPad anda untuk menambah lakaran baharu secara terus dalam papan.
Tambah dan edit lukisan
Pergi ke app Freeform
pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Klik
dalam bar alat.
Pilih Masukkan > Lukisan.
Mula melukis, atau lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih alat: Klik
dalam menu alat di bahagian bawah tetingkap, kemudian pilih alat seperti Pena atau Cat Air.
Tukar saiz alat: Pilih alat dalam menu alat, kemudian pilih saiz mata pen di bahagian atas menu. Untuk alat Pipit, anda juga boleh memilih sudut.
Tukar warna atau kelegapan alat: Klik
, kemudian pilih warna. Untuk melaraskan kelegapan goresan atau isian anda, klik Tunjukkan Warna, kemudian laraskan gelangsar.
Pilih dan edit lukisan anda: Klik
, kemudian klik goresan atau seret di sekeliling goresan untuk memilihnya. Seret untuk menggerakkan goresan yang dipilih atau Control-klik untuk lebih banyak pilihan seperti Duplikasi, Gabung dan Asingkan.
Petua: Pilih Lekat pada Bentuk untuk melicinkan dan meluruskan garis dilukis tangan.
Isi kawasan dengan warna: Klik
dalam menu alat, pilih Isi, kemudian klik di dalam kawasan tertutup.
Keluarkan goresan daripada lukisan: Klik
dalam menu alat, pilih Pemadam, kemudian klik Piksel di bahagian atas menu untuk memadam sebahagian daripada goresan atau Objek untuk memadam satu goresan pada satu masa.
Warna semula goresan: Klik
, pilih goresan, kemudian klik
. (Butang kelihatan berdekatan pemilihan dan warnanya berubah untuk menunjukkan warna goresan semasa.)
Saiz semula lukisan: Klik
, Control-klik lukisan, pilih Saiz Semula, kemudian seret titik biru. Tahan kekunci Shift untuk mensaiz semula secara berkadaran.
Lukis bentuk vektor dengan alat pen
Pergi ke app Freeform
pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Klik
, kemudian klik Lukis dengan Pen.
Klik untuk melukis garisan lurus. Seret untuk menambah lengkung.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar titik kepada sudut tajam, lengkung licin, atau kawalan Bézier: Control-klik titik atau titik tengah, kemudian pilih pilihan.
Petua: Untuk menogol titik antara lurus dan melengkung, dwiklik padanya.
Bahagikan garis dan tambah titik baharu: Control-klik titik atau titik tengah, kemudian pilih Bahagikan Laluan.
Tutup bentuk: Klik titik pertama.
Biarkan bentuk terbuka: Tekan Return.
Untuk menukar ketebalan jidar, warna dan banyak lagi, pilih bentuk atau garis, kemudian gunakan alat pemformatan. Lihat Tambah dan formatkan bentuk, garis dan anak panah.
Tambah lakaran baharu menggunakan iPhone atau iPad anda
Nota: Anda mesti mengaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth® pada iPhone atau iPad anda untuk menggunakan dan mendaftar masuk ke Akaun Apple. iPhone atau iPad juga masti memenuhi keperluan sistem. Lihat artikel Sokongan Apple Ciri dan keperluan Kesinambungan untuk peranti Apple.
Pergi ke app Freeform
pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Klik
, kemudian pilih Tambah Lakaran.
App lukisan ringkas dibuka pada iPhone atau iPad anda.
Nota: Jika dua atau lebih peranti anda berada berdekatan, anda boleh memilih peranti yang membuka app melukis.
Lukis lakaran menggunakan jari anda. Pada iPad, anda juga boleh menggunakan Apple Pencil.
Apabila anda sudah selesai, ketik Selesai.
Pada Mac anda, lakaran kelihatan pada papan anda.
Pilih lakaran untuk melakukan mana-mana yang berikut:
Gantikan lakaran: Klik
, pilih Ganti, kemudian pilih pilihan.
Fokus pada subjek lakaran: Lakaran mempunyai latar belakang lut sinar, tetapi anda boleh mengeluarkan goresan tambahan. Klik
, kemudian pilih Keluarkan Latar Belakang.
Pangkas lakaran: Klik
, seret gelangsar atau pinggir, kemudian klik Selesai.
Item yang anda tambah dengan iPhone atau iPad anda boleh menyertakan perihalan dan dialihkan, disaiz semula, dijajarkan, diputar, disusun dan dikunci sama seperti item dimasukkan lain.