Tambah fail lain ke papan Freeform pada Mac
Tambah jenis fail lain (seperti pembentangan Keynote, objek 3D atau fail berbilang halaman PDF) pada papan Freeform anda supaya anda boleh membawa segalanya yang anda perlukan bersama-sama ke satu tempat.
Tambah dan format fail
Pergi ke app Freeform pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Klik , kemudian pilih fail yang anda mahu tambah.
Petua: Anda juga boleh menyeret fail ke dalam papan anda daripada Finder atau app lain.
Untuk menukar atau mempratonton fail, pilihnya, kemudian gunakan alat pemformatan.
Alat
Perihalan
Butang Fail
Gantikan fail dengan yang lain.
Ubah suai butang Objek 3D
Gantikan objek 3D dengan yang lain.
Butang pratonton
Pratonton fail dalam tetingkap Lihat Cepat.
Petua fail lain
Untuk mempratonton fail, dwiklik fail.
Untuk mempratonton berbilang fail, pilihnya, kemudian tekan bar Space. Tetingkap Lihat Cepat dibuka; anda boleh mengklik anak panah berdekatan kiri atas tetingkap atau tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan. Dalam skrin penuh, klik untuk melihat item sebagai tayangan slaid.
Apabila anda pratonton fail PDF, anda boleh menandakan fail secara terus dalam tetingkap Lihat Cepat.
Anda boleh memutarkan objek 3D untuk melihat bahagian hadapan, belakang dan tepinya—klik pada objek, kemudian seret.
Anda boleh menggunakan garis penyambung antara fail dan item lain. Jika perlu, klik di penjuru kanan bawah (apabila garis penyambung didayakan, butang kelihatan seperti ini ), klik fail, kemudian seret salah satu anak panah ke atas, bawah, kiri atau kanan untuk menambah garis penyambung pada item lain.
Teruskan membina papan anda dengan menambah teks, bentuk atau garis, diagram, foto atau video, pautan dan nota lekat.