Jajar item pada papan Freeform pada Mac
Tempatkan dan jajarkan item pada papan Freeform anda secara mudah dengan menggunakan panduan penjajaran dan menu Susun.
Aktifkan atau nyahaktifkan panduan penjajaran
Anda boleh menggunakan panduan penjajaran untuk membantu anda meletakkan item secara tepat. Apabila panduan diaktifkan, panduan kelihatan semasa anda menyeret item pada papan yang dijajarkan dengan, atau dijarakkan sama ke, item yang lain. Anda boleh menyahaktifkan dan mengaktifkan panduan mengikut keperluan.
Dalam app Freeform pada Mac anda, pilih Paparan > Panduan, kemudian pilih mana-mana daripada berikut (tanda semak bersebelahan item menandakan ia aktif):
Panduan Tengah: Panduan kelihatan apabila pusat item sejajar dengan pusat item lain.
Panduan Pinggir: Panduan kelihatan apabila pinggir item sejajar dengan pinggir item lain.
Pensaizan Relatif: Panduan kelihatan apabila item sepadan dengan saiz item lain dalam dimensi yang tertentu (contohnya, tinggi).
Jarak Relatif: Panduan kelihatan apabila tiga atau lebih banyak item diletakkan dengan jarak sama rata dalam satu baris.
Maklum Balas Haptik: Semasa anda mengalihkan item menggunakan trackpad atau Magic Mouse Apple, anda merasakan maklum balas taktil apabila item dijajarkan dengan betul (termasuk kepada sebarang kaedah di atas).
Jajar item pada papan
Anda boleh menjajarkan item pada papan Freeform anda supaya ia dijarakkan secara sama rata.
Dalam app Freeform pada Mac anda, klik kategori dalam bar sisi, kemudian dwiklik papan untuk membukanya.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Jika item dikunci, anda mesti mengklik butang Buka Kunci sebelum anda boleh menjajarkan item.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Jajar berbilang item secara menegak atau secara mendatar: Pilih Susun > Jajarkan Objek, kemudian pilih pilihan.
Jarakkan tiga atau lebih banyak item sama rata: Pilih Susun > Agih Objek, kemudian pilih item.
Petua: Anda juga boleh mengklik butang Susun Pemeriksa untuk menjajarkan dan mengedarkan item pada papan.
Anda juga boleh menunjukkan grid titik untuk membantu anda menyusun item pada papan—pilih Paparan > Tunjukkan Grid.