Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cipta kekunci fungsi khusus dalam Terminal
Anda boleh mencipta kekunci fungsi khusus dalam Terminal untuk membantu anda bekerja dengan lebih berkesan.
Pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.
Pilih profil daripada senarai di bahagian kiri.
Klik Papan Kekunci.
Pilih kekunci yang wujud dalam senarai Kekunci dan klik Edit, atau klik butang Tambah untuk mencipta gabungan kekunci baru.
Klik menu timbul Kekunci, kemudian pilih kekunci.
Pilih menu timbul Pengubah Suai, kemudian pilih kekunci pengubah suai (pilih “tiada” jika anda tidak mahu menggunakan pengubah suai dengan kekunci).
Klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih fungsi yang anda mahu kekunci laksanakan.
Masukkan rentetan yang anda mahu untuk peruntukkan kombinasi kekunci ini, kemudian klik OK.
Lihat jugaKeutamaan Papan Kekunci Terminal