Gunakan Foto iCloud pada Mac
Dengan Foto iCloud, semua foto dan video dalam pustaka foto anda disimpan dalam iCloud, supaya anda boleh mengaksesnya daripada Mac, iPhone, iPad, Apple TV, Apple Vision Pro, PC anda dan di iCloud.com.
Setiap foto dan video baharu yang anda tambah ke Foto kelihatan pada semua peranti anda yang mengaktifkan Foto iCloud. Foto dan album anda disusun dengan cara yang sama pada setiap peranti dan jika anda membuat pengeditan atau mengeluarkan item, perubahan kelihatan pada semua peranti anda. Apabila anda mendapat peranti baharu, Foto iCloud menyelaraskan pustaka foto anda kepadanya dengan cepat.
Sebelum anda bermula
Pastikan Mac anda dan peranti lain mempunyai perisian terbaharu: Kemas kini ke perisian terkini pada Mac anda dan peranti Apple lain, seperti iPhone, iPad, Apple TV, atau Apple Vision Pro.
Daftar masuk ke Akaun Apple anda: Jika anda belum mendaftar masuk ke Akaun Apple anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik “Daftar masuk” di bahagian atas bar sisi. Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda. Klik iCloud, klik Foto dalam senarai app, kemudian aktifkan Selaraskan Mac ini. Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple, anda boleh mencipta akaun.
Aktifkan Foto iCloud
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Pilih Foto > Seting, kemudian klik iCloud.
Pilih kotak semak Foto iCloud.
Pilih mana-mana daripada pilihan yang berikut:
Muat Turun Asal ke Mac ini: Menyimpan versi penuh foto anda pada Mac anda dan dalam iCloud.
Optimumkan Storan Mac: Simpan versi lebih kecil foto anda pada Mac anda apabila ruang storan terhad dan simpan foto yang asal, bersaiz penuh dalam iCloud. Pilih pilihan ini untuk menjimatkan ruang pada Mac anda. Untuk memulihkan yang asal ke Mac anda, hanya pilih “Muat Turun Asal ke Mac ini.”
Apabila anda mula-mula mengaktifkan Foto iCloud, ia boleh mengambil masa sedikit untuk memuat naik foto anda ke iCloud. Anda boleh terus menggunakan Foto semasa foto anda sedang dimuat naik.
Untuk membuatkan Foto iCloud menyelaraskan foto ke semua peranti anda, daftar masuk ke Akaun Apple yang sama untuk mengaktifkan Foto iCloud pada semua peranti anda.
Berhenti menggunakan Foto iCloud pada Mac anda
Anda boleh menyahaktifkan Foto iCloud pada Mac anda supaya foto tidak dikemas kini antara Mac anda dan peranti lain anda.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Pilih Foto > Seting, kemudian klik iCloud.
Nyahpilih kotak semak Foto iCloud.
Klik Muat Turun untuk memuat turun foto dan video daripada iCloud ke Mac anda, atau klik Keluarkan daripada Mac untuk mengeluarkan sebarang foto dan video yang belum dimuat turun sepenuhnya.
Selepas anda menyahaktifkan Foto iCloud pada Mac anda, pustaka foto anda kekal dalam iCloud dan tersedia untuk peranti lain anda yang menggunakan Foto iCloud.
Berhenti menggunakan Foto iCloud pada semua komputer dan peranti Apple anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk” untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda atau untuk mencipta Akaun Apple.
Klik iCloud.
Klik butang Urus, klik Foto, kemudian klik “Nyahaktifkan dan Padam daripada iCloud”.
AMARAN: Jika anda nyahaktifkan Foto iCloud pada semua peranti anda, foto dan video anda akan dipadamkan daripada iCloud dalam masa 30 hari dan anda tidak akan dapat memulihkannya, kecuali jika anda klik Buat Asal Padam sebelum waktu itu.