
Cari foto dan video kumpulan pada Mac
App Foto mengumpulkan orang dan haiwan peliharaan yang biasa kelihatan bersama-sama dalam foto dan video, serta mengisih mereka ke dalam koleksi kumpulan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai banyak gambar keluarga atau kumpulan rakan anda, Foto menggunakan teknologi pada peranti untuk mencipta koleksi bagi setiap kumpulan ini.
Cari foto dan video kumpulan
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik Koleksi dalam bar sisi, kemudian klik Orang & Haiwan Peliharaan (atau Orang).
Dwiklik kumpulan untuk melihat foto anda daripada kumpulan tersebut.
Apabila anda membuka kumpulan, anda melihat ringkasan foto terbaik. Untuk melihat semua foto dalam kumpulan tersebut, klik Semua dalam bar alat.
Untuk berkongsi foto dalam kumpulan, klik dalam bar sisi, kemudian pilih pilihan perkongsian.
Edit atau padam kumpulan
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik Koleksi dalam bar sisi, kemudian klik Orang & Haiwan Peliharaan (atau Orang).
Di bawah Kumpulan, Control-klik kumpulan yang anda mahu edit, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah orang: Pilih Tambah Orang, kemudian pilih orang yang anda mahu tambah.
Keluarkan orang: Pilih Keluarkan Orang, kemudian pilih orang yang anda mahu keluarkan.
Namakan semula kumpulan: Pilih Namakan Semula Kumpulan ini, kemudian klik Namakan Semula.
Padam kumpulan: Pilih Keluarkan Kumpulan ini, kemudian klik Padam Kumpulan.
Tukar tertib kumpulan
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik Koleksi dalam bar sisi, kemudian klik Orang & Haiwan Peliharaan (atau Orang).
Seret setiap kumpulan ke kedudukan baharu.