Cipta pustaka foto tambahan dalam Foto pada Mac
Anda boleh mencipta pustaka foto tambahan untuk menyusun foto, album, dan projek anda, kemudian tukar antara pustaka tersebut.
Penting: Jika anda menggunakan Foto iCloud, ingat bahawa hanya foto dan video dalam Pustaka Sistem Foto anda dimuat naik iCloud. Pastikan anda menyandarkan semua pustaka foto anda.
Cipta pustaka foto baharu
Jika app Foto pada Mac anda dibuka, pilih Foto > Keluar daripada Foto.
Tekan dan tahan kekunci Option serta klik ikon Foto dalam folder Aplikasi (atau klik ikon Foto dalam Dock).
Dalam dialog Pilih Pustaka, klik Cipta Baharu.
Taip nama pustaka dan pilih lokasi untuk menyimpan pustaka itu.
Klik OK.
Anda kini boleh mengimport foto ke dalam pustaka baharu apabila menyambungkan peranti atau mengimport fail. Disebabkan pustaka baharu bukan Pustaka Foto Sistem, foto yang disimpan dalam iCloud tidak kelihatan dalamnya secara automatik.
Bertukar antara pustaka foto
Jika app Foto pada Mac anda dibuka, pilih Foto > Keluar daripada Foto.
Tekan dan tahan kekunci Option serta klik ikon Foto dalam folder Aplikasi (atau klik ikon Foto dalam Dock).
Dalam dialog Pilih Pustaka, lakukan mana-mana yang berikut:
Klik pustaka yang anda ingin guna, kemudian klik Pilih Pustaka.
Jika pustaka yang anda mahukan tidak muncul dalam dialog Pilih Pustaka, klik Pustaka Lain, navigasi ke lokasi pustaka, pilih ia, kemudian klik Pilih Pustaka.
Tetapkan pustaka sebagai Pustaka Foto Sistem
Anda boleh bertukar ke pustaka lain dan tentukannya sebagai Pustaka Foto Sistem.
Bertukar ke pustaka foto yang anda mahu tetapkan sebagai Pustaka Foto Sistem.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Pilih Foto > Seting, kemudian klik Umum.
Untuk menjadikan pustaka semasa sebagai Pustaka Foto Sistem, klik Jadikan Pustaka Foto Sistem.
Penting: Jika anda bertukar ke pustaka lain, Foto menyahaktifkan Foto iCloud dan Album Dikongsi secara automatik. Anda boleh mengaktifkannya semula dalam anak tetingkap iCloud seting Foto. Apabila anda mengaktifkan Foto iCloud selepas menentukan Pustaka Foto Sistem baharu, foto disimpan dalam iCloud digabungkan dengan yang ada dalam Pustaka Foto Sistem baharu. Selepas kandungan daripada Pustaka Foto Sistem baharu dimuat naik ke iCloud, pustaka tidak boleh digabungkan, jadi pertimbangkan dengan teliti sebelum menukar Pustaka Foto Sistem anda.