Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Baiki pustaka foto anda pada Mac
Jika anda mengalami masalah dengan foto dalam pustaka, anda boleh cuba untuk membaikinya.
Penting: Pastikan anda menyandarkan pustaka foto anda sebelum membaikinya.
Jika app Foto pada Mac anda dibuka, pilih Foto > Keluar daripada Foto.
Tekan Option-Command dan klik ikon Foto dalam folder Aplikasi (atau Option-Command-klik ikon Foto dalam Dock).
Dalam tetingkap Perbaiki Pustaka, klik Perbaiki untuk membina semula pustaka foto anda.
Jika masalah berterusan, anda juga boleh memulihkan pustaka anda daripada sandaran Time Machine.