Seting Foto pada Mac
Pilih seting untuk melihat dan mengimport foto, menggunakan Foto iCloud dan Pustaka Foto Dikongsi iCloud, serta banyak lagi.
Topik popular
Sediakan atau sertai Pustaka Foto Dikongsi iCloud
Layari menerusi pilihan di bawah untuk mendapatkan butiran tentang menyesuaikan seting anda.
Untuk menukar seting dalam app Foto pada Mac anda, pilih Foto > Seting, kemudian klik Umum, iCloud atau Pustaka Dikongsi di bahagian atas tetingkap seting.
Seting Umum
Dalam anak tetingkap Umum, anda boleh menukar seting Foto asas. Sebagai contoh, anda boleh membuatkan video dan Live Photos dimainkan secara automatik, pilih sama ada item diimport disalin ke dalam pustaka anda, pilih sama ada maklumat GPS disertakan dengan foto dan banyak lagi.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lokasi Pustaka |
| ||||||||||
Foto |
| ||||||||||
Memori |
| ||||||||||
Sedang mengimport |
| ||||||||||
Perkongsian |
| ||||||||||
Privasi |
| ||||||||||
HDR |
|
Seting iCloud
Gunakan seting iCloud untuk mengaktifkan Foto iCloud dan memilih pilihan storan. Ketahui cara untuk menggunakan Foto iCloud.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Foto iCloud | Pilih untuk membenarkan foto dan video dimuat naik ke iCloud dan dipindahkan ke komputer Mac dan peranti lain anda yang Foto iCloud diaktifkan dan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Nota: Jika Optimumkan Storan Mac dipilih dan anda kekurangan ruang storan, Live Photos disimpan pada komputer anda sebagai imej pegun. Walaubagaimanapun, apabila anda membuka Live Photo, keseluruhan foto dimainkan seperti biasa. | ||||||||||
Album Dikongsi | Kongsi album dengan orang lain dan langgan ke album yang orang lain kongsikan dengan anda. Anda boleh memilih foto dan kongsinya dengan rakan dan keluarga; orang yang anda kongsikan boleh melihat foto, membuat komen dan juga tambah foto mereka sendiri. Lihat Aktifkan Album Dikongsi dalam Foto |
Seting Pustaka Dikongsi
Gunakan seting Pustaka Dikongsi untuk mencipta dan mengurus Pustaka Foto Dikongsi iCloud. Lihat Sediakan atau sertai Pustaka Foto Dikongsi iCloud.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tambah Peserta | Tambah peserta ke pustaka dikongsi anda. Peserta mesti mempunyai Akaun Apple dan mesti mengaktifkan Foto iCloud pada Mac dan peranti lain mereka untuk mengakses pustaka dikongsi. Kanak-kanak di bawah 13 tahun mestilah menjadi sebahagian kumpulan Perkongsian Keluarga pengelola. | ||||||||||
Cadangan Pustaka Dikongsi | Terima cadangan untuk menambah foto dan video orang yang anda pilih ke pustaka dikongsi. Untuk mendapatkan cadangan perkongsian bagi orang tambahan, klik Tambah Orang Lain. | ||||||||||
Pemberitahuan Pemadaman | Terima pemberitahuan apabila peserta lain memadamkan item yang anda sumbangkan ke pustaka dikongsi. | ||||||||||
Padamkan Pustaka Dikongsi | Pengelola pustaka dikongsi boleh memadamkannya. Apabila anda memadamkan pustaka dikongsi, semua peserta menerima pemberitahuan dan boleh memindahkan semua item dalam pustaka dikongsi ke pustaka peribadi mereka. Pilih satu daripada berikut:
|