Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Susun semula halaman atau bahagian dalam Pages pada Mac
Anda boleh menyusun semula halaman dengan mudah dalam dokumen tataletak halaman untuk kelihatan dalam sebarang tertib. Dalam dokumen pemprosesan perkataan dengan berbilang bahagian, anda boleh menyusun semula bahagian.
Nota: Jika semua halaman individu berada dalam satu bahagian, anda tidak boleh menyusun semula halaman individu dalam dokumen pemprosesan perkataan seperti yang diterangkan dalam tugas ini. Walau bagaimanapun, anda boleh mengalihkan kandungan di sekeliling dengan memotong dan menampal kandungan di lokasi baharu.
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Imej Kecil Halaman.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam dokumen tataletak halaman: Pilih imej kecil halaman untuk halaman yang anda mahu alihkan.
Dalam dokumen pemprosesan perkataan: Pilih imej kecil halaman dalam bahagian yang anda mahu alihkan (warna latar belakang kelihatan di belakang mana-mana imej kecil halaman yang termasuk dalam bahagian tersebut).
Seret halaman atau bahagian ke tempat yang anda mahukannya.