
Terbitkan buku ke Apple Books dalam Pages pada Mac
Anda boleh menggunakan Pages untuk menerbitkan buku ke Apple Books. Pages menjana fail EPUB untuk buku secara automatik dengan seting yang anda pilih. Jika buku belum bersedia untuk diedarkan tetapi anda mahu mula mengiklankannya, anda boleh memberikan maklumat yang diperlukan dan menyenaraikannya sebagai pratempah sehingga anda bersedia untuk mengeluarkannya. Anda juga boleh mengemas kini buku yang anda telah terbitkan pada bila-bila masa.
Sebelum anda bermula, lakukan yang berikut:
Simpan buku dalam iCloud Drive: Jika buku disimpan dalam komputer anda, pindahkannya ke iCloud Drive (pilih Fail > Pindahkan Ke).
Akaun iTunes Connect: Jika anda mempunyai akaun iTunes Connect untuk penerbitan buku, pastikan anda mempunyai maklumat daftar masuk untuk Akaun Apple yang dikaitkan dengan akaun iTunes Connect. Jika tidak, sediakan akaun iTunes Connect. iTunes Connect adalah tapak web yang membenarkan anda mengedarkan dan menguruskan buku pada Apple Books.
Senarai kandungan: Kebanyakan buku perlu menyertakan senarai kandungan yang pembaca boleh gunakan untuk navigasi. Untuk menyediakan buku supaya Pages boleh mencipta senarai kandungan, gunakan gaya perenggan ke pengepala atau bab dalam buku. Apabila Pages menjana fail EPUB, senarai kandungan dicipta secara automatik berdasarkan gaya perenggan tersebut. Untuk menyemak senarai kandungan, pilih Lihat > Senarai Kandungan. Lihat Cipta senarai kandungan.
International Standard Book Number (ISBN-13): Anda tidak memerlukan ISBN-13 untuk menerbitkan ke Apple Books, tetapi jika anda mempunyainya, sediakannya, kerana anda hanya boleh memasukkannya kali pertama anda menyerahkan buku. Jika anda menerbitkan buku sendiri, anda boleh memohon anda memperoleh ISBN daripada agensi pendaftaran ISBN setempat anda.
Buku anda mesti disemak dan disahkan sebelum ianya tersedia pada Apple Books. Anda boleh menyemak status buku dalam Buku Saya pada iTunes Connect.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penerbitan pada Apple Books, lihat artikel Sokongan Apple ini, atau Panduan Pemformatan Apple Books. Untuk mendapatkan maklumat tentang menulis, menerbitkan, memasarkan dan menjual buku anda pada Apple Books, lihat authors.apple.com.