Pengenalan kepada kerjasama dalam Pages
Anda boleh bekerjasama dengan orang lain pada masa nyata dengan berkongsi pautan ke dokumen Pages anda. Dokumen yang dikongsi dan sebarang perubahan padanya disimpan dalam iCloud, jadi semua orang yang bekerja pada dokumen boleh melihat perubahan yang dilakukan.
Sebagai pemilik dokumen, anda memilih orang yang boleh:
Mengakses dokumen: Cipta pautan yang sesiapa sahaja boleh gunakan untuk membuka dokumen, atau hadkan akses kepada orang tertentu sahaja yang mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple mereka sebelum mereka boleh membukanya.
Mengedit atau hanya melihat dokumen: Pilih sama ada untuk memberikan orang lain keizinan untuk membuat perubahan kepada dokumen atau hanya melihatnya.
Menjemput orang lain untuk bekerjasama: Pilih sama ada orang yang anda jemput juga boleh menjemput orang lain untuk menyertai dokumen.
Keperluan iCloud
Untuk menjemput orang lain untuk bekerjasama pada dokumen, anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan mengaktifkan iCloud Drive. (Jika anda mendaftar masuk ke Akaun Apple Terurus dan mahu bekerjasama dengan orang yang menggunakan Akaun Apple peribadi, anda perlu meminta pentadbir IT anda mendayakan perkongsian di luar organisasi anda. Untuk mengetahui lanjut, lihat Akses perkhidmatan dengan Akaun Apple Terurus.)
Bergantung pada keistimewaan akses yang anda setkan untuk dokumen dikongsi, orang yang anda jemput mungkin perlu mendaftar masuk ke Akaun Apple dan mengaktifkan iCloud Drive sebelum mereka boleh membuka dokumen. Atau, anda boleh membenarkan sesiapa sahaja dengan pautan untuk membukanya (tanpa Akaun Apple). Lihat Menjemput orang lain untuk bekerjasama.
Nota: Jika dokumen anda disimpan dalam Box berbanding iCloud, anda masih boleh bekerjasama menggunakan kawalan kerjasama dalam Box. Lihat Gunakan Box untuk bekerjasama.
Keperluan sistem minimum
Untuk bekerjasama pada dokumen dikongsi, anda dan orang yang anda berkongsi memerlukan mana-mana daripada berikut:
Mac dengan macOS 14.0 atau lebih baharu dan Pages 14.3 atau lebih baharu
iPhone dengan iOS 17.0 atau lebih baharu dan Pages 14.3 atau lebih baharu
iPad dengan iPadOS 17.0 atau lebih baharu dan Pages 14.3 atau lebih baharu
Pages untuk iCloud dalam pelayar disokong pada Mac dengan macOS 14.0 atau lebih baharu, atau peranti Windows
Sesiapa dengan peranti Android, atau peranti Apple yang tidak memenuhi keperluan sistem minimum, boleh melihat tetapi tidak boleh mengedit dokumen.
Nota: Tidak semua ciri Pages tersedia untuk dokumen dikongsi. Lihat artikel Sokongan Apple Bekerjasama pada dokumen dalam Pages, Numbers dan Keynote.
Bekerja di luar talian
Semasa anda tidak disambungkan ke internet, anda boleh terus bekerja pada dokumen yang dikongsi dengan orang lain. Kali seterusnya anda dalam talian, perubahan dimuat naik ke iCloud secara automatik. Lihat Edit semasa di luar talian.