
Cetak dokumen atau sampul dalam Pages pada Mac
Anda boleh mencetak dokumen Pages daripada pencetak yang anda sediakan untuk berfungsi dengan Mac anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menyediakan pencetak, lihat Perihal AirPrint.
Cetak dokumen
Buka dokumen, kemudian pilih Fail > cetak (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik menu timbul Pencetak dan pilih pencetak.
Jika tiada pencetak kelihatan dalam menu, klik menu timbul Pencetak, klik Tambah Pencetak, kemudian pilih pencetak tersedia.
Tentukan pilihan cetak:
Salin: Masukkan bilangan salinan yang anda mahu cetak.
Cetak julat atau pilihan: Di bawah Halaman, pilih Julat, kemudian masukkan nombor halaman mula dan terakhir dalam julat tersebut. Anda juga boleh memilih Pilihan, kemudian pilih halaman yang anda mahu cetak dalam bar sisi.
Cetak komen, anotasi pintar atau latar belakang halaman: Pilih kotak semak yang sepadan untuk komen, anotasi pintar atau latar belakang halaman.
Untuk lebih banyak pilihan cetakan: Klik Tataletak atau Pengendalian Kertas untuk pilihan tambahan.
Klik Cetak.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mencetak pada Mac anda, klik butang tanda soal di bahagian bawah tetingkap cetakan. Kebanyakan fungsi cetakan diuruskan oleh sistem pengendalian Mac anda dan dengan ciri terbina dalam pencetak anda.
Jika dokumen tidak mencetak atau warna kelihatan salah, semak dokumentasi yang disertakan dengan pencetak anda.
Batal atau jeda pencetakan
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tutup tetingkap cetakan tanpa mencetak: Klik Batal.
Jeda cetakan: Klik ikon pencetak dalam Dock, kemudian klik Jeda. Untuk meneruskan pencetakan, klik Teruskan.
Batalkan kerja pencetakan: Klik ikon pencetak dalam Dock, kemudian klik x kecil di sebelah kanan kerja pencetakan.
Jika anda tidak nampak ikon pencetak dalam Dock, dokumen telah dicetak. Ikon pencetak muncul hanya apabila wujud kerja dalam baris pencetakan.
Cetak sampul
Anda boleh mencetak sampul daripada dalam Pages, seperti yang diterangkan di bawah atau daripada app Kenalan pada Mac anda (lihat Bantuan Kenalan untuk mengetahui caranya).
Dengan Pages terbuka, pilih Fail > Buka (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik Alat Tulis di sebelah kiri pemilih templat.
Skrol bawah ke bahagian Sampul, kemudian dwiklik templat sampul.
Dalam bar sisi Dokumen
, klik tab Dokumen.
Klik menu timbul kedua dalam bahagian Pencetak & Saiz Kertas, kemudian pilih saiz sampul.
Jika anda tidak melihat saiz yang anda perlukan, anda boleh mengesetkan saiz tersuai. Pilih Fail > Persediaan Halaman (daripada menu Fail di bahagian atas skrin), klik menu timbul Saiz Kertas, kemudian pilih Uruskan Saiz Tersuai.
Pada templat sampul, klik teks ruang letak dalam alamat penerima, kemudian taipkan alamat.
Anda boleh menambah atau memadamkan garis bila perlu.
Dwiklik teks dalam alamat balas, kemudian taipkan alamat anda.
Alamat balas ialah kotak teks. Seret pemegang pilihan jika anda mahu mensaiznya semula.
Pilih Fail > Cetak.
Klik menu timbul Pencetak, pilih pencetak, kemudian klik Cetak.
Anda boleh mencipta sampul diperibadikan dengan alamat balas anda, kemudian simpan sampul sebagai templat tersuai. Templat sampul anda muncul dalam bahagian Templat Saya pada pemilih templat jika anda menyimpannya di situ.
Cetak buku kecil
Dengan dokumen terbuka, pilih Fail > Cetak (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Klik butang Tunjukkan Butiran di bahagian bawah dialog.
Jika anda melihat butang Sembunyikan Butiran, dialog Cetak telah berada dalam paparan yang betul.
Dalam menu timbul Halaman, pilih Tataletak.
Dalam menu timbul Dua-Sisi, pilih Buku Kecil.
Pilih sebarang pilihan lain, kemudian ketik Cetak.
Untuk menyimpan seting ini sebagai praset, klik menu timbul Praset, pilih Simpan Seting Semasa sebagai Praset, taipkan nama, kemudian klik OK.
Setkan pencetak lalai dan saiz halaman
Anda boleh mengesetkan pencetak lalai untuk dokumen. Jika pencetak tidak tersedia apabila anda mencetak, pencetak lalai yang ditentukan dalam Seting Sistem (atau Keutamaan Sistem) komputer anda digunakan.
Dalam bar sisi Dokumen
, klik tab Dokumen.
Klik menu timbul Pencetak dan pilih pencetak.
Klik menu timbul Saiz Kertas dan pilih saiz kertas.
Jika anda tidak melihat saiz yang anda perlukan, anda boleh mengesetkan saiz tersuai. Pilih Fail > Persediaan Halaman (daripada menu Fail di bahagian atas skrin), klik menu timbul Saiz Kertas, kemudian pilih Uruskan Saiz Tersuai.
Klik orientasi halaman (potret atau landskap).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang saiz kertas tersuai, lihat Setkan saiz kertas tersuai.