Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta

Sesuaikan bar alat dalam Pages pada Mac
Bar alat di bahagian atas tetingkap memberikan anda akses cepat kepada kawalan yang anda perlukan. Sementara anda mempelajari kawalan yang paling kerap anda gunakan, anda boleh menambah, mengeluarkan dan menyusun semula butang bar alat agar sesuai dengan gaya kerja anda. Anda boleh menukar cara butang kelihatan dalam bar alat.
Petua: Apungkan penuding ke atas butang untuk melihat perihalan tentang butang.

Sembunyikan atau tunjukkan bar alat
Pergi ke app Pages
pada Mac anda.Buka dokumen, klik Paparan dalam bar menu di bahagian atas skrin anda, kemudian pilih Sembunyikan Bar Alat atau Tunjukkan Bar Alat.
Tambah, keluarkan atau susun semula butang bar alat
Pergi ke app Pages
pada Mac anda.Buka dokumen, klik Paparan dalam bar menu di bahagian atas skrin anda, kemudian pilih Sesuaikan Bar Alat (anda mungkin perlu menskrol ke bawah untuk melihatnya).
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah atau keluarkan item daripada bar alat: Seret item ke bar alat untuk menambahnya. Seret item menjauhi bar alat untuk mengeluarkannya.
Susun semula item dalam bar alat: Seret item untuk menyusunnya semula. Butang Format dan Dokumen bergerak bersama dan tidak boleh dipisahkan.
Reset bar alat: Untuk memulihkan bar alat kepada seting lalai, seret set butang di bahagian bawah tetingkap ke bar alat.
Keluarkan nama butang: Klik menu timbul di bahagian kiri bawah, kemudian pilih Ikon Sahaja. Secara lalai, Pages menunjukkan ikon dan teks.
Klik Selesai.
Sembunyikan atau tunjukkan bar alat
Secara lalai, Pages hanya menunjukkan ikon butang dalam bar alat. Anda boleh menambah nama butang ke bar alat untuk membantu anda mengingati perkara yang diwakili oleh ikon, atau hanya menunjukkan nama untuk menjimatkan ruang.
Pergi ke app Keynote
pada Mac anda.Buka dokumen, klik Paparan dalam bar menu di bahagian atas skrin anda, kemudian pilih Sesuaikan Bar Alat (anda mungkin perlu menskrol ke bawah untuk melihatnya).
Klik menu timbul di bahagian kiri bawah, kemudian pilih salah satu daripada berikut:
Ikon dan Teks: Ikon dan nama butang kelihatan dalam bar alat.
Ikon Sahaja: Ikon butang kelihatan tanpa nama dalam bar alat.
Teks Sahaja: Nama butang kelihatan tanpa ikon dalam bar alat.
Klik Selesai.