
Formatkan teks bahasa Cina, Jepun atau Korea dalam Pages pada Mac
Anda boleh memasukkan teks dalam banyak bahasa berbeza dan menggunakan beberapa sistem penulisan berlainan untuk bahasa Cina, Jepun dan Korea, menggunakan papan kekunci antarabangsa yang tersedia pada Mac anda. Pages menyediakan beberapa ciri pemformatan teks khusus bahasa, termasuk gaya penekanan, gaya senarai dan panduan fonetik.
Untuk hasil terbaik, gunakan fon yang disyorkan ini:
Bahasa Cina Ringkas: PingFang SC
Bahasa Cina Tradisional untuk Taiwan: PingFang TC
Bahasa Cina Tradisional untuk Hong Kong dan Macau: PingFang HK
Bahasa Korea Apple SD Gothic Neo
Bahasa Jepun: Hiragino Sans (sans serif) atau Hiragino Mincho (serif)
Penting: Arahan di bawah menganggap bahawa anda telah menyediakan sekurang-kurangnya satu daripada papan kekunci bahasa Cina, Jepun, atau Korea pada Mac anda. Untuk menyediakan papan kekunci antarabangsa, pilih menu Apple untuk menambah bahasa baharu.