Pautkan kotak teks dalam Pages pada Mac
Anda boleh pautkan dua atau lebih kotak teks supaya teks boleh mengalir daripada satu kotak teks kepada yang seterusnya. Contohnya, jika anda mencipta surat berita, anda boleh memautkan kotak teks dan menggunakannya untuk mencipta lajur teks tidak sekata, atau teruskan bar sisi ke halaman lain.
Setiap siri kotak teks dipautkan dipanggil jaluran yang dapat dikenal pasti melalui warna bulatan yang sama di atas setiap kotak teks. Nombor dalam bulatan menandakan tertib kotak teks dalam jaluran. Anda boleh menambah dan mengeluarkan kotak teks daripada jaluran, tukar tertibnya dalam jaluran, alihkannya ke jaluran lain dan banyak lagi.
Nota: Kotak teks yang dikunci atau dikumpulkan dengan objek lain tidak boleh dipautkan.
Cipta jaluran baharu
Anda boleh mencipta jaluran baharu dengan kotak teks kosong atau yang sudah mempunyai kandungan. Contohnya, jika anda mahu mengesetkan tataletak dokumen sebelum anda menambah kandungan, anda boleh menambah beberapa kotak teks, letakkannya di tempat yang anda mahukan, kemudian pautkannya. Atau anda boleh bermula dengan kotak teks yang sudah mengandungi kandungan, kemudian tambah lagi kotak teks untuk menyesuaikannya dengan teks anda.
Klik kotak teks yang anda mahu jadikan yang pertama dalam jaluran, kemudian klik bulatan putih di atas.
Bulatan diisi dengan warna dan nombor 1 menandakan kotak permulaan jaluran. Jika anda melihat nombor berlainan atau jika warnanya sama dengan jaluran sedia ada, kotak teks telah pun dipautkan dengan jaluran sedia ada. Untuk menjadikannya permulaan jaluran baharu, klik bulatannya dan pilih Cipta Jaluran Baharu.
Untuk setiap kotak teks tambahan yang anda tambah ke jaluran, lakukan salah satu daripada berikut:
Pautkan ke kotak teks kosong: Klik kotak teks pertama, kemudian klik bulatan putih di atas.
Pautkan ke kotak teks yang mengandungi teks (dan gabungkan teks): Klik kotak teks yang mengandungi teks, kemudian klik bulatan di atas—ini memulakan jaluran baharu. Klik bulatan sekali lagi, pilih jaluran yang anda mahu masukkan kotak teks, kemudian klik Gabung (yang menambah kandungan ke pengakhiran jaluran) Anda boleh lihat dialog Gabung hanya pada kali pertama anda menggabungkan kotak teks—selepas itu, kandungan digabungkan secara automatik.
Bulatan setiap kotak teks yang anda tambah diisi dengan warna yang sama dengan yang ditunjukkan dalam kotak pertama dan nombor menandakan tertibnya dalam jaluran (anda boleh menyusun semula kotak teks pada bila-bila masa).
Untuk menambah kandungan ke jaluran ini, taip dalam kotak teks pertama daripada jaluran kosong, atau tambahkan ke teks sedia ada dalam jaluran.
Jika kotak teks terakhir dalam jaluran mempunyai penunjuk pemangkasan di bawah, yang menandakan terdapat lebih teks daripada yang boleh muat dalam kotak teks, lakukan salah satu daripada berikut:
Seret penunjuk pemangkasan atau sebarang pemegang saiz semula sehingga semua teks kelihatan.
Seret pemegang kotak teks lain dalam jaluran sehingga teks anda muat dalam kotak teks sedia ada.
Tambah kotak teks lain pada jaluran.
Susun semula kotak teks dipautkan
Jika jaluran mempunyai lebih daripada satu kotak teks dipautkan pada halaman dan anda menyeret satu daripada kotak teks ke lokasi baharu pada halaman yang sama, kandungan kotak teks tidak berubah secara automatik mengikut lokasi baharu. Jika anda menetapkan tertib baharu pada kotak teks, kandungannya berubah secara semula jadi.
Klik kotak teks yang anda mahu tukar tertibnya, kemudian klik bulatan di atas.
Dalam menu yang kelihatan, gerakkan penuding ke atas Tertib Tataletak, kemudian pilih nombor tertib baharu untuk kotak teks.
Teks dalam jaluran dikemas kini mengikut tertib baharu.
Apabila jaluran merangkumi lebih daripada satu halaman dan anda mengalihkan kotak teks ke halaman lain, pernomboran semua kotak teks bertukar secara automatik supaya teks mengalir secara semula jadi.
Peruntukkan kotak teks ke jaluran lain
Anda mungkin mahu peruntukkan semula kotak teks jika peletakannya pada halaman menjadikannya lebih ideal untuk jaluran lain dan anda tidak mahu susun semula item pada halaman anda, atau jika anda pautkannya ke jaluran yang salah.
Jika kotak teks ialah satu-satunya dalam jaluran, kotak teks dan kandungannya ditambah ke jaluran baharu. Jika kotak teks ialah salah satu daripada beberapa kotak teks dalam jaluran, hanya kotak teks tersebut diperuntukkan semula ke jaluran baharu—kandungannya di masukkan semula ke dalam kotak teks yang tinggal dalam jaluran asal.
Klik kotak teks yang anda mahu peruntukkan semula, kemudian klik bulatan di atas.
Pilih jaluran yang anda mahu masukkan kotak teks.
Jika anda melihat dialog yang bertanya jika anda mahu gabungkan kandungan, klik Gabung. Anda boleh lihat dialog Gabung hanya pada kali pertama anda menggabungkan kotak teks—selepas itu, kandungan digabungkan secara automatik.
Kotak teks ditambah ke jaluran berdasarkan kedudukannya pada halaman. Anda mungkin perlu mengalihkan atau menyusun semula kotak teks supaya teks mengalir secara semula jadi.
Mulakan jaluran baharu daripada kotak teks dipautkan
Anda boleh memulakan jaluran baharu dengan kotak teks yang sudah dipautkan ke jaluran. Kotak teks dinyahpautkan daripada jaluran asalnya dan dikosongkan; sebarang teks di dalamnya digabungkan ke dalam kotak teks yang tinggal dalam jaluran asal.
Anda mungkin mahu melakukan ini, contohnya jika kotak teks dipautkan terletak di tempat yang anda mahu mulakan jaluran baharu dan anda tidak mahu menukar tataletak halaman.
Klik kotak teks pertama, kemudian klik bulatan di atas.
Pilih Cipta Jaluran Baharu.
Tukar gaya semua teks atau kotak teks dalam jaluran
Anda boleh menukar gaya semua kotak teks pada masa yang sama. Contohnya, anda boleh menambahjidar ke kotak atau mengisi kotak dengan warna. Anda juga boleh menukar fon, saiz atau gaya teks dalam jaluran. Apabila anda mengedit jaluran, semua kotak teks dalam jaluran digaris kasar untuk menjadikan perubahan anda lebih mudah dilihat.
Control-klik salah satu kotak teks, kemudian pilih then choose Pilih Semua Kotak Teks Dalam Jaluran daripada menu pintasan.
Dalam bar sisi Format , lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar kotak teks: Klik tab Gaya untuk menggunakan kawalan untuk menambah jidar, warna (isi) latar belakang dan pemformatan lain.
Ubah suai teks: Klik tab Teks untuk menggunakan kawalan untuk menukar fon, saiz fon, warna dan pemformatan lain.
Nyahpaut kotak teks
Apabila anda menyahpaut kotak teks, jika ada kotak teks lain dalam jaluran, teksnya digabungkan ke dalam kotak teks lain. Jika kotak teks tersebut ialah satu-satunya kotak teks dalam jaluran, ia menjadi kotak teks standard dengan kandungan.
Klik kotak teks, klik bulatan di atas, kemudian pilih Keluarkan Dari Jaluran.
Padam kotak teks dipautkan
Apabila anda padamkan kotak teks dipautkan, teksnya digabungkan dengan sebarang kotak teks yang tinggal dalam jaluran. Jika kotak teks tersebut ialah satu-satunya kotak teks dalam jaluran, kotak teks dan kandungannya dipadamkan.
Klik kotak teks, kemudian tekan kekunci Delete.
Kunci atau buka kunci kotak teks
Untuk menghalang kotak teks daripada dialihkan secara tidak sengaja, anda boleh kuncinya. Mengunci satu kotak teks akan mengunci semua kotak teks dalam jaluran. Sama juga jika anda membuka kunci salah satu kotak teks, semuanya akan dibuka kunci. Semasa jaluran dikunci, anda tidak boleh membuat sebarang perubahan pada pemformatan atau kandungannya.
Klik kotak teks untuk memilihnya.
Dalam bar sisi Format , klik tab Susun.
Di bahagian bawah bar sisi, klik butang Kunci atau Buka Kunci.
Nota: Kotak teks dipautkan sentiasa disetkan ke Kekal di Halaman untuk mambantu anda mengawal kedudukan jaluran anda. Lihat Letakkan objek dengan teks.