Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
titik sisipan
Titik sisipan ialah garis menegak atau I-beam berkelip dalam teks yang menunjukkan tempat aksara seterusnya yang anda taip akan kelihatan.
Untuk meletakkan titik sisipan dalam teks, lakukan satu daripada berikut:
Dalam isi teks dalam dokumen pemprosesan perkataan: Klik tempat anda mahu mula menaip.
Dalam kotak teks atau bentuk: Klik objek untuk memilihnya. Jika objek telah mengandungi teks, klik sekali untuk memilih objek, kemudian klik dalam teks pada tempat yang anda mahu letakkan titik sisipan.
Dalam sel jadual: Klik sel untuk memilihnya, kemudian klik tempat yang anda mahu mula menaip.
Selepas anda meletakkan titik sisipan, anda boleh menggunakan kekunci anak panah untuk mengalihkannya.
Anda tidak boleh meletakkan titik sisipan dalam teks ruang letak. Apabila anda klik teks ruang letak, seluruh blok teks dipilih dan anda taip untuk menggantikannya.