Pemilih templat dengan kategori di sepanjang bahagian atas. Buku dipilih dan templat buku dalam orientasi potret dan landskap muncul di bahagian bawah.

Mulakan dengan templat

Semua dokumen bermula dengan templat—model yang anda boleh gunakan sebagai titik permulaan. Anda boleh mencipta dokumen pemprosesan perkataan, seperti laporan dan surat serta dokumen tataletak halaman, seperti poster dan surat berita. Hanya gantikan teks dan imej templat dengan kandungan anda sendiri.

Perihal dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman

Menu Masukkan dengan butang merentas bahagian atas untuk menambah jadual, carta, bentuk dan media. Bentuk dipilih dan menunya menunjukkan baris kategori dengan butang Cari di bahagian kiri. Kategori Aktiviti dipilih dan bentuk muncul di bawah.

Tambah foto, jadual, lukisan dan banyak lagi

Tambah objek seperti jadual, carta, bentuk dan media (imej, audio dan video) pada dokumen anda. Anda boleh melapiskan objek, mensaiz semula dan menempatkannya pada halaman.

Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain

Kawalan Format untuk menukar saiz dan penampilan imej yang dipilih. Butang Gaya, Imej dan Susun terletak merentas bahagian atas kawalan.

Sesuaikan setiap butiran

Tukar rupa teks anda, tambah bayang jatuh pada imej, isi bentuk dengan warna dan banyak lagi—anda boleh mengubah suai semuanya dalam dokumen anda.

Pengenalan kepada Pages

Bentuk dengan teks melimpah sekelilingnya pada tiga sisi.

Biarkan teks anda mengalir

Jadi kreatif dengan cara teks mengalir menerusi dokumen anda. Mempunyai imej? Balut teks anda di sekelilingnya. Mahukan teks untuk mengalir dalam lajur tidak tetap atau teruskan bar sisi ke halaman lain? Pautkan kotak teks supaya teks mengalir daripada satu kotak ke seterusnya.

Letakkan objek dengan teks

Skrin Tambah Orang menunjukkan gambar dokumen untuk dikongsi. Di bawahnya ialah butang untuk cara menghantar jemputan, termasuk Mail, Salin Pautan dan Lagi. Di bahagian bawah ialah butang Pilihan Perkongsian.

Bekerjasama dalam masa nyata

Jemput orang lain untuk bekerja dengan anda pada dokumen anda. Semua orang yang anda jemput boleh melihat perubahan semasa ia dibuat, tetapi anda mengawal orang yang boleh mengedit atau hanya melihat dokumen.

Pengenalan kepada kerjasama

Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Pages 5.2 pada iPad anda. Untuk melihat versi Pages pada iPad anda, pergi ke Seting  > Pages. Untuk melayari panduan ini, ketik Senarai Kandungan berdekatan bahagian atas halaman. Anda juga boleh memuat turun panduan daripada Apple Books (jika tersedia).

Jika anda memerlukan lebih bantuan, lawati tapak web Sokongan Pages.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.