Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.2
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Sesuaikan bar alat
- Hak Cipta
Simpan bentuk ke pustaka bentuk dalam Pages pada iPad
Jika anda mencipta atau menyesuaikan bentuk laluan tertutup, anda boleh menyimpannya ke pustaka bentuk. Apabila anda menyimpan bentuk tersuai, sifat laluan, terbalik dan putaran bentuk disimpan; saiz, warna, kelegapan dan sifat lain tidak disimpan.
Jika anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada semua peranti anda dan mengaktifkan iCloud Drive, bentuk tersuai anda tersedia dalam sebarang dokumen Pages pada semua peranti anda (tetapi tidak dalam Pages untuk iCloud).
Ketik untuk memilih bentuk tersuai, kemudian ketik Tambah ke Bentuk.
Bentuk disimpan dalam kategori Bentuk Saya dalam pustaka bentuk, yang kelihatan hanya apabila anda mempunyai bentuk tersuai. Bentuk kelihatan dalam pustaka dalam tertib yang anda cipta; anda tidak boleh menukar tertib ini.
Dalam pustaka bentuk, sentuh dan tahan bentuk yang anda baru cipta, kemudian ketik Namakan Semula.
Taipkan nama anda sendiri untuk bentuk.
Untuk memadamkan bentuk tersuai, sentuh dan tahannya dalam pustaka bentuk, kemudian ketik Padam.
Penting: Jika anda menggunakan iCloud Drive, memadamkan bentuk tersuai akan memadamkannya daripada semua peranti anda yang menggunakan iCloud Drive dan yang mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.