Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.2
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Sesuaikan bar alat
- Hak Cipta
Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain dalam Pages pada iPad
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada halaman. Jadual, carta, kotak teks, bentuk dan foto ialah contoh objek. Untuk menambahkan objek ke dokumen anda, ketik satu daripada butang objek di tengah bar alat di bahagian atas skrin anda, kemudian pilih objek daripada menu.
Anda boleh menukar rupa objek dengan mengubah suai atribut individu objek tersebut—seperti warna isian, jidar, bayang dan banyak lagi—atau anda boleh menukar rupa keseluruhan objek dengan cepat dengan menggunakan gaya objek diprareka bentuk padanya. Gaya objek ialah gabungan atribut yang direka bentuk agar sepadan dengan templat yang anda gunakan.
Untuk melihat kawalan bagi menukar rupa objek, ketik . Setiap objek mempunyai pilihan pemformatannya sendiri; apabila anda memilih bentuk, contohnya, anda hanya melihat kawalan untuk memformatkan bentuk.
Anda boleh melapiskan objek, mensaiz semula dan mengawal cara teks mengalir di sekelilingnya pada halaman. Sebagai contoh, anda boleh membuatkan teks membalut di sekeliling objek, atau meletakkan objek sebaris, supaya ia terletak pada garis yang sama dengan teks dan beralih dengan teks semasa anda menaip. Sesetengah objek juga boleh dibuat sebaris tersarang dengan teks dalam kotak teks atau bentuk.