Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Bermula dengan Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Tukar seting privasi dan analitis Pages
- Hak Cipta

Pulihkan versi lebih awal dokumen dalam Pages pada iPad
iCloud menyimpan versi fail yang disimpan dalam iCloud Drive secara berkala. Jika dokumen anda disimpan dalam iCloud Drive dan anda mahu kembali ke versi sebelumnya (sebagai contoh, kerana anda memadam kandungan yang anda masih perlukan), anda boleh memulihkan versi asal.
Lihat, salin dan pulihkan versi lebih awal
Pergi ke app Pages
pada iPad anda.Jika dokumen sudah dibuka, ketik
di penjuru kiri atas untuk melihat semua dokumen anda.Dengan pengurus dokumen dalam paparan pelayar, ketik Pilih di bahagian atas skrin, kemudian ketik dokumen (tanda semak kelihatan).
Ketik Versi di bahagian atas skrin.
Ketik versi sebelumnya untuk memilihnya.
Ketik Pratonton.
Pages memaparkan versi. Anda boleh mencari teks dalam pratonton dan anda boleh menyalin teks dan objek. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mengedit pratonton.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Simpan salinan versi yang ditunjukkan dalam pratonton: Ketik Simpan Salinan. Pages membuka salinan sebagai dokumen baharu untuk anda edit. (Versi asal tersedia dalam pengurus dokumen, versi yang disalin turut tersedia di sini.)
Gantikan versi semasa dengan versi pratonton: Ketik Pulihkan.
Tutup pratonton dan kembali ke versi semasa: Ketik Tutup.
Ketik Selesai.
Jika anda tidak nampak dokumen yang anda mahu, cuba carinya atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Lihat Cari dokumen.
Jika anda menambah kata laluan kepada dokumen atau mengubah kata laluan sedia ada, kata laluan hanya digunakan pada versi itu dan versi seterusnya.
Nota: Jika dokumen dikongsi dengan orang lain, sesiapa dengan keizinan mengedit boleh menyalin dan memulihkan versi yang dicipta sahaja selepas anda berkongsi dokumen tersebut. Sesiapa dengan keizinan lihat sahaja tidak mempunyai akses kepada versi lebih awal. Untuk mengelakkan orang lain daripada memulihkan versi dokumen yang tidak dilindungi atau versi dengan kata laluan lama, berhenti berkongsi dokumen, tambahkan kata laluan unik padanya, kemudian kongsi dokumen sekali lagi.