Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.2
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Sesuaikan bar alat
- Hak Cipta
Setkan nama pengarang anda untuk komen dalam Pages pada iPad
Nama pengarang kelihatan di penjuru kiri sebelah atas komen. Anda boleh menukar nama pengarang anda pada bila-bila masa.
Setkan nama pengarang anda untuk komen
Ketik , ketik Seting, kemudian ketik Nama Pengarang.
Taipkan nama, kemudian ketik Selesai pada papan kekunci.
Sebarang komen yang anda buat sebelumnya dalam dokumen ditukar untuk menunjukkan nama baharu. Komen yang anda buat dalam dokumen lain juga dikemas kini.
Nama pengarang baharu juga menjadi nama pengarang lalai untuk dokumen Pages baharu dan menggantikan nama pengarang dalam semua dokumen anda yang lain.
Nama tidak digunakan pada dokumen yang dikongsi dengan orang lain. Untuk dokumen dikongsi, nama yang kelihatan dalam komen dan dalam senarai peserta ialah nama yang anda gunakan dengan Akaun Apple anda. Untuk menukar nama (tanpa menukar Akaun Apple anda), lawati halaman Akaun Apple. Selepas anda mendaftar masuk, ketik Edit di sebelah kanan maklumat akaun anda, kemudian buat perubahan anda dan ketik Selesai.
Penting: Jika anda menukar nama yang digunakan dengan Akaun Apple anda, ia kelihatan dalam semua app dan lokasi lain yang anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
Jika anda berhenti berkongsi dokumen, nama pengarang dalam komen dan penjejakan perubahan berubah kembali ke nama pengarang disetkan dalam Pages.