Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.2
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Sesuaikan bar alat
- Hak Cipta
Tambah jidar di sekeliling halaman dalam Pages pada iPad
Untuk menambah jidar—seperti garis padu atau bertitik—di sekeliling halaman, anda perlu menambah dahulu bentuk segi empat pada halaman, kemudian tukar atribut bentuk agar ia menyerupai jidar. Contohnya, anda boleh menukar saiz bentuk, menetapkan tanpa isian (berbanding isian warna) agar ia tidak melindungi objek lain pada halaman, mengesetnya agar sentiasa aktif pada halaman dan seterusnya. Anda kemudian boleh mengesetkan jidar sebagai objek tataletak bahagian agar ia kelihatan pada semua halaman.
Ketik dalam bar alat.
Dalam kategori Asas, ketik segi empat atau segi empat bucu bulat untuk menambahnya.
Seret titik biru yang kelihatan di sekeliling bentuk sehingga pinggir luar bentuk mencipta saiz jidar yang anda mahukan.
Ketik jauh daripada tetingkap Isi untuk kembali ke tab Gaya.
Ketik Isian, ketik Praset, kemudian leret ke kiri dan ketik Tanpa Isian.
Atau, jika anda mahu kawasan berjidar mempunyai warna latar belakang, ketik pilihan isian. Anda boleh membuatkan objek lebih lutsinar supaya ia tidak menyembunyikan objek lain pada halaman.
Ketik untuk kembali ke tab Gaya.
Ketik untuk mengaktifkan Jidar, kemudian gunakan kawalan untuk memilih gaya, warna dan lebar jidar.
Untuk menukar kelutsinaran, seret gelangsar Kelegapan di bahagian bawah kawalan.
Untuk mengalihkan jidar di belakang semua objek pada halaman, ketik Susun, kemudian seret gelangsar sepenuhnya ke hujung kiri.
Jika dokumen anda ialah dokumen pemprosesan perkataan, ketik Balut Teks, kemudian ketik Tiada; atau nyahaktifkan Alihkan Dengan Teks.
Untuk mengunci jidar supaya ia tidak digerakkan secara tidak sengaja, ketik Susun (di bahagian atas kawalan), kemudian ketik Kunci.
Apabila anda selesai, ketik di mana-mana tempat pada halaman untuk menutup kawalan.
Untuk mengetahui cara mengesetkan jidar anda sebagai objek tataletak bahagian supaya ia kelihatan pada setiap halaman, lihat Tambah tera air dan objek latar belakang dalam Pages pada iPad.