Pengenalan kepada dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman dalam Pages pada iPad
Anda boleh menggunakan Pages untuk mencipta dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman. Anda boleh menambah sebarang jenis kandungan (teks, grafik, carta dan seterusnya) ke kedua-duanya, tetapi terdapat perbezaan daripada segi cara anda bekerja dengan setiap jenis dokumen.
Pemprosesan perkataan: Digunakan terutamanya untuk mencipta dokumen yang mengandungi kebanyakannya teks, seperti laporan atau surat. Dokumen ini mempunyai teks isi tempat anda menaip dan teks mengalir daripada satu halaman ke seterusnya, dengan halaman baru dicipta secara automatik apabila diperlukan.
Apabila anda membuka dokumen pemprosesan perkataan (atau templat), anda boleh sahaja mula menaip. Jika anda mahu menambah teks yang berasingan daripada teks isi utama, anda boleh menambah kotak teks. Anda juga boleh menambahkan imej, carta dan objek lain.
Tataletak halaman: Digunakan terutamanya untuk mencipta dokumen dengan rekaan tersuai, seperti surat berita, buku atau poster. Dokumen tataletak halaman ialah seperti kanvas kosong yang anda tambahkan kotak teks, imej dan objek lain, kemudian menyusunnya pada halaman mengikut keinginan anda.
Apabila anda membuka dokumen tataletak halaman (atau templat), tiada kawasan teks isi; untuk menambah teks anda perlu menambah kotak teks dan menaip di dalamnya. Halaman baru mesti ditambahkan secara manual.
Templat Pages direka bentuk sama ada untuk pemprosesan perkataan atau untuk tataletak halaman. Contohnya, templat Esei dan Surat Berita Sekolah serta templat buku dalam orientasi potret, adalah untuk pemprosesan perkataan. Risalah Tab dan templat Brosur Muzium serta templat buku dalam orientasi landskap adalah untuk tataletak halaman.
Cara mengetahui jenis dokumen yang anda lihat:
Untuk melihat sama ada templat (atau dokumen) disediakan untuk pemprosesan perkataan atau tataletak halaman, bukanya. Pilih teks, kemudian ketik dalam bar pintasan di atas papan kekunci. Jika Pemisah Halaman terdapat dalam pilihan, ia adalah dokumen pemproses perkataan. Untuk mengetahui cara menukar satu jenis dokumen kepada jenis lain, lihat Gunakan templat.
Apabila anda membuka templat, anda boleh menukar dokumen ke jenis yang lain. Contohnya, jika anda menyukai gaya teks, warna dan tataletak templat Surat Berita Sekolah tetapi anda mahu fleksibiliti rekaan dokumen tataletak halaman, anda boleh menukar dokumen menjadi tataletak halaman. Lihat Gunakan templat.