Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Cipta dokumen menggunakan VoiceOver
- Hak Cipta
Setkan saiz dan orientasi kertas dalam Pages pada iPad
Kebanyakan templat Pages dicipta untuk dokumen dengan saiz kertas standard, tetapi anda boleh menukar saiz kertas dokumen pada bila-bila masa. Anda juga boleh menukar orientasi (potret atau landskap). Selepas itu, anda mungkin perlu membuat pelarasan supaya dokumen kelihatan seperti yang anda mahu.
Setkan saiz kertas
Ketik , kemudian ketik Persediaan Dokumen.
Klik di penjuru kanan atas.
Ketik saiz kertas.
Jika anda tidak melihat saiz kertas, ketik tab Dokumen.
Apabila anda selesai, ketik Selesai untuk kembali ke dokumen.
Setkan orientasi halaman
Ketik , kemudian ketik Persediaan Dokumen.
Ketik di penjuru kanan atas, kemudian ketik orientasi halaman.
Anda boleh menggunakan hanya satu orientasi halaman untuk dokumen anda. Pages tidak menyokong campuran halaman dalam potret dan landskap dalam dokumen yang sama.
Ketik untuk kembali ke Persediaan Dokumen, kemudian ketik Selesai di penjuru kiri atas untuk kembali ke dokumen.
Setkan saiz kertas tersuai
Ketik , kemudian ketik Persediaan Dokumen.
Ketik di penjuru kanan atas, kemudian ketik Saiz Tersuai.
Ketik Lebar atau Tinggi, kemudian tukarkan nilai kepada saiz baru.
Untuk menyimpan perubahan anda, ketik Selesai dalam tetingkap.
Ketik untuk kembali ke Persediaan Dokumen, kemudian ketik Selesai di penjuru kiri atas untuk kembali ke dokumen.