Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Cipta dokumen menggunakan VoiceOver
- Hak Cipta
Tambah nombor halaman dalam Pages pada iPad
Anda boleh menambah nombor halaman ke dokumen anda yang dilaraskan secara automatik apabila halaman ditambah atau dipadamkan.
Tambah nombor halaman
Ketik , kemudian ketik Persediaan Dokumen.
Ketik medan tempat anda mahu nombor halaman muncul, kemudian ketik Nombor Halaman (anda boleh menggunakan sebarang gabungan medan untuk pengepala atau pengaki anda).
Ketik gaya penomboran halaman.
Untuk menukar fon nombor, saiz fon, warna atau penjajaran, pilih nombor halaman, kemudian ketik dan buat sebarang pelarasan.
Ketik Selesai di sudut atas sebelah kiri skrin.
Setkan nombor halaman permulaan dalam dokumen tataletak halaman
Jika anda menambah nombor halaman pada dokumen tataletak halaman, anda boleh mengeset nombor permulaan atau menukar format nombor.
Ketik , aktifkan Imej Kecil Halaman, ketik dokumen untuk menutup pilihan, kemudian ketik imej kecil halaman yang anda mahu tukar.
Ketik untuk membuka Tataletak Halaman.
Jika menu timbul yang terbuka tidak menunjukkan Tataletak Halaman di bahagian atas, pastikan anda sama ada memilih halaman dalam paparan Imej Kecil Halaman atau mengetik tempat kosong pada halaman (supaya tiada pilihan pada halaman dipilih).
Ketik Penomboran Halaman, kemudian ketik “Mulakan di” dan tingkatkan atau kurangkan nombor halaman.
Pilih pilihan di bawah Penomboran untuk menukar gaya penomboran.
Jika Padankan Dengan Halaman Sebelumnya diaktifkan pada halaman seterusnya dalam dokumen anda, nombor halaman ditokok ke nombor seterusnya dan menggunakan gaya penomboran halaman ini.