Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Cipta dokumen menggunakan VoiceOver
- Hak Cipta
Serlahkan teks dalam Pages pada iPad
Anda boleh menyerlahkan teks dalam isi dokumen anda, dalam kotak teks dan bentuk. Serlahan ini tidak kelihatan dalam dokumen bercetak.
Apabila berbilang orang bekerja pada dokumen, serlahan setiap orang muncul dalam warna yang unik. Untuk mengetahui cara menukar warna anda, lihat Setkan nama pengarang anda untuk komen dalam Pages pada iPad.
Petua: Jika anda mahu serlahan yang kelihatan dalam dokumen akhir anda, tambah warna latar belakang ke teks dalam sebarang warna. Jenis serlahan ini bukan sebahagian daripada alat semakan Pages.
Tambah atau keluarkan serlahan
Anda boleh menyerlahkan teks di mana-mana kecuali dalam carta dan sel jadual.
Tambah serlahan: Pilih teks, kemudian ketik Serlahkan.
Keluarkan serlahan: Dwiketik teks diserlahkan, kemudian ketik Keluarkan Serlahan.
Nota: Jika dokumen dikongsikan dengan orang lain, hanya anda dan pemilik dokumen boleh memadam serlahan anda. Jika orang lain menambah komen ke serlahan anda, nama pengarang dan warna serlahan berubah ke pengarang komen dan anda tidak boleh memadamkan komen.
Serlahan yang ditambah melalui cara ini tidak kelihatan dalam dokumen dicetak atau PDF. Untuk menambah serlahan kekal, lihat Tambah warna latar belakang pada teks.
Tambah komen pada teks yang diserlahkan
Ketik teks diserlahkan.
Dalam menu timbul, ketik “Tambah komen,” kemudian taipkan komen anda.
Ketik Selesai.