Cipta dokumen pertama anda dalam Pages pada iPad
Untuk mencipta dokumen, pertama sekali anda memilih templat untuk digunakan sebagai titik permulaan. Templat direka bentuk untuk sesetengah jenis dokumen yang lebih biasa (seperti surat, laporan dan risalah) dan ia menggunakan fon dikoordinasi, gaya teks dan warna untuk rupa bersepadu. Kebanyakan templat juga mempunyai unsur ruang letak seperti pengepala dan imej yang anda boleh gantikan dengan kandungan anda sendiri.
Cipta dokumen baru
Dalam pengurus dokumen, ketik di bahagian atas skrin untuk membuka pemilih templat (ditunjukkan di bawah).
Nota: Jika anda mahu data jadual dan carta dalam dokumen ini diformatkan mengikut konvensyen bahasa berlainan, ketik bahasa di penjuru atas kanan pemilih templat, kemudian pilih bahasa lain. Lihat Tukar bahasa dan format dokumen.
Ketik kategori templat (leret ke kiri pada kategori untuk melihat kesemuanya), kemudian ketik satu untuk membukanya.
Templat Pages direka bentuk sama ada untuk pemprosesan perkataan atau untuk tataletak halaman. Untuk melihat jenis dokumen yang dikhususkan untuk templat yang anda buka, pilih teks, kemudian ketik dalam bar pintasan di atas papan kekunci. Jika Pemisah Halaman terdapat dalam pilihan, ia adalah dokumen pemproses perkataan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah atau edit teks dalam templat pemprosesan perkataan: Hanya mula menaip. Titik sisipan berkelip menunjukkan tempat teks anda bermula. Untuk mengedit teks, pilih teks, kemudian taip. Untuk memformat teks dipilih, ketik bagi membuka kawalan teks.
Gantikan teks ruang letak: Ketik teks ruang letak, kemudian taip teks anda sendiri.
Nota: Sesetengah templat termasuk teks ruang letak ditulis lorem ipsum (teks Latin terkarau, sebagai contoh, “lorem ipsum dolor”), tetapi teks anda taipkan untuk menggantikannya muncul dalam bahasa yang anda gunakan.
Tambah kotak teks, imej, bentuk atau objek baru yang lain: Ketik , kemudian ketik satu daripada butang objek. Kotak teks dikategorikan sebagai bentuk dalam kategori Asas.
Gantikan imej ruang letak: Ketik di penjuru kanan bawah imej ruang letak untuk memilih imej anda sendiri.
Tambah halaman: Dalam dokumen pemprosesan perkataan, halaman baru ditambahkan secara automatik apabila anda menaip sehingga ke akhir halaman. Untuk mengetahui cara menambah halaman secara manual dan untuk menambah halaman dokumen tataletak halaman, lihat Tambah, padam dan susun semula halaman.
Buat asal atau buat semula perubahan terbaru: Untuk membuat asal perubahan terbaru anda, ketik di bahagian atas skrin. Jika anda mengubah fikiran anda, sentuh dan tahan , kemudian ketik Buat Semula.
Apabila anda selesai, ketik Dokumen atau untuk tutup dokumen dan kembali ke pengurus dokumen (dokumen anda disimpan secara automatik semasa anda bekerja).
Kemudian, anda boleh menukar nama dokumen atau menukar tempat ia disimpan pada bila-bila masa.