Pemilih templat menunjukkan baris kategori merentas bahagian atas yang anda boleh ketik untuk menapis pilihan. Di bawah ialah imej kecil templat yang diprareka bentuk disusun dalam baris mengikut kategori, bermula dengan Terbaru di bahagian atas dan diikuti oleh Asas dan Laporan. Butang Lihat Semua kelihatan di atas dan di sebelah kanan setiap baris kategori.

Mulakan dengan templat

Semua dokumen bermula dengan templat—model yang anda boleh gunakan sebagai titik permulaan. Anda boleh mencipta dokumen pemprosesan perkataan, seperti laporan dan surat serta dokumen tataletak halaman, seperti poster dan surat berita. Hanya gantikan teks dan imej templat dengan kandungan anda sendiri.

Pengenalan kepada dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman

Menu Masukkan dengan butang merentas bahagian atas untuk menambah jadual, carta, bentuk dan media. Bentuk dipilih dan menunya menunjukkan baris kategori dengan butang Cari di sebelah kiri. Kategori Aktiviti dipilih dan bentuk kelihatan di bawah.

Tambah jadual, foto, lukisan dan banyak lagi

Tambah objek seperti jadual, carta, bentuk dan media (imej, lukisan, audio dan video) pada dokumen anda. Anda boleh melapiskan objek, mensaiz semula dan menempatkannya pada halaman.

Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain

Bentuk dengan teks melimpah sekelilingnya pada tiga sisi.

Sesuaikan setiap butiran

Tukar rupa teks anda, tambah bayang jatuh pada imej, isi bentuk dengan warna dan banyak lagi—anda boleh mengubah suai semuanya dalam dokumen anda. Anda juga boleh membalut teks di sekeliling imej, memautkan kotak teks supaya teks mengalir daripada satu kotak teks kepada yang seterusnya, atau menggunakan gabungan mel untuk memperibadikan berbilang dokumen secara automatik.

Pengenalan kepada Pages

Pemilih templat dengan templat buku dalam orientasi potret di bahagian atas dan orientasi landskap di bahagian bawah.

Menjadi penerbit

Pages disertakan templat buku yang membolehkan anda mencipta buku interaktif dalam format EPUB. Tambah teks dan imej—atau senarai kandungan. Apabila anda bersedia, anda boleh membuatkan buku anda tersedia untuk dibeli atau dimuat turun dalam Apple Books.

Pengenalan kepada mencipta buku

Menu kerjasama menunjukkan nama orang yang bekerjasama pada dokumen.

Bekerjasama dalam masa nyata

Jemput orang lain untuk bekerja dengan anda pada dokumen anda. Semua orang yang anda jemput boleh melihat perubahan semasa ia dibuat, tetapi anda mengawal orang yang boleh mengedit atau hanya melihat dokumen.

Pengenalan kepada kerjasama

Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Pages 14.0 pada iPad anda. (Untuk melihat versi Pages yang anda miliki, pergi ke Seting  > Pages.) Untuk meneroka Panduan Pengguna Pages, ketik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Jika anda memerlukan lebih bantuan, lawati tapak web Sokongan Pages.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.