Tukar seting Isi Auto dalam Muzik pada Mac
Dalam app Muzik pada Mac anda, gunakan seting Isi Auto untuk menambah lagu dalam tertib tertentu, setkan jumlah ruang yang diperlukan dan banyak lagi.
Untuk menukar pilihan ini, sambungkan peranti anda, kemudian klik butang Seting di bahagian bawah anak tetingkap Muzik.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gantikan semua item apabila Mengisi Auto | Gantikan semua lagu setiap kali anda menggunakan Isi Auto. | ||||||||||
Pilih item secara rawak | Selaraskan senarai rawak lagu ke peranti anda. | ||||||||||
Pilih item dinilaikan lebih tinggi lebih kerap | Tambah item dengan penilaian tinggi lebih kerap berbanding item dengan penilaian rendah. Pilihan ini hanya tersedia apabila anda memilih “Pilih item secara rawak”. | ||||||||||
Asingkan ruang untuk kegunaan cakera | Mengasingkan ruang kapasiti cakera untuk digunakan sebagai cakera keras. |