Gunakan pelayar lajur untuk mencari lagu dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh mencari lagu dengan cepat dalam pustaka muzik anda menggunakan pelayar lajur.
Muzik anda boleh diisih sehingga lima kategori (Genre, Artis, Album, Komposer dan Himpunan) dan dibahagikan dalam lajur. Sambil anda memilih item dalam setiap lajur, senarai diperkecilkan untuk memaparkan lagu yang sepadan sahaja.
Contohnya, untuk mencari muzik pop sahaja oleh artis tertentu, anda boleh memilih Pop dalam lajur Genre, kemudian nama artis dalam lajur Artis.
Pergi ke app Apple Music pada peranti Windows anda.
Pilih di penjuru kanan atas, kemudian pilih Pelayar Lajur > Tunjukkan Pelayar Lajur.
Anda tidak boleh menukar tertib lajur.
Dalam pelayar lajur, pilih pilihan dalam satu atau lebih lajur.
Semasa anda memilih pilihan, lagu yang sepadan dengan kriteria anda kelihatan di bawah.
Untuk menutup pelayar lajur, pilih di penjuru kanan atas, kemudian pilih Pelayar Lajur > Sembunyikan Pelayar Lajur.