Gunakan Pemain Mini dalam Apple Music pada Windows
Pemain Mini menggunakan ruang yang sangat sedikit pada skrin anda dan masih membolehkan anda melaraskan kelantangan, mencari lagu, memilih lagu seterusnya untuk dimainkan dan banyak lagi.
Pemain Mini memaparkan karya seni album untuk lagu yang sedang dimainkan. Apabila anda menggerakkan penuding ke atas karya seni, kawalan muncul.
Anda juga boleh menunjukkan karya seni album—hanya pilih album dalam Pemain Mini; pilih butang Runtuhkan untuk kembali ke saiz asal.
Nota: Apple Music dan lossless tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, mainkan muzik daripada pustaka anda, strim muzik daripada Apple Music atau mainkan radio Apple Music.
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan Pemain Mini.
Pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Bertukar ke Pemain Mini.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Tunjukkan karya seni album: Pilih karya seni album dalam Pemain Mini.
Untuk berhenti menunjukkan karya seni album, pilih butang Runtuhkan .
Tunjukkan lirik: Pilih butang Lirik .
Lihat dan edit senarai lagu akan datang: Pilih butang Main Seterusnya di penjuru kanan bawah tetingkap Pemain Mini.
Keluar daripada Pemain Mini: Pilih butang Tutup di penjuru kanan atas tetingkap Pemain Mini.
Pilih ikon app Apple Music dalam bar tugas Windows untuk menunjukkan tetingkap Apple Music lagi.
Petua: Untuk membuka Pemain Mini dari kawalan main balik dengan cepat, pilih karya seni album.
Untuk meletakkan Pemain Mini di latar depan pada desktop anda, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, pilih Lanjutan, kemudian aktifkan pilihan “Letakkan Pemain Mini di atas semua tetingkap lain”.