Cari muzik dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh mencari muzik daripada kategori kegemaran anda, melihat sejarah carian terbaru anda dan mencari Apple Music, pustaka anda atau iTunes Store dengan cepat.
Nota: Walaupun anda tidak melanggan Apple Music, anda boleh mencari muzik, mendengar atau melihat pratonton muzik dan video, serta mendengar stesen radio Apple Music 1 secara percuma.
Cari dalam Apple Music
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih medan carian di penjuru kiri atas.
Pilih Apple Music di sebelah kanan.
Masukkan perkara yang anda cari (seperti tajuk lagu atau lirik), kemudian pilih cadangan atau tekan Enter.
Hasil carian anda kelihatan dalam tetingkap Apple Music utama.
Cari dalam pustaka anda
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih medan carian di penjuru kiri atas.
Pilih Pustaka Anda di sebelah kanan.
Masukkan perkara yang anda cari (seperti artis atau nama album), kemudian pilih cadangan atau tekan Enter.
Hasil carian anda kelihatan dalam tetingkap Apple Music utama.
Cari dalam iTunes Store
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pilih Umum, kemudian pastikan iTunes Store dipilih.
Pilih medan carian di penjuru kiri atas.
Pilih iTunes Store di sebelah kanan.
Masukkan perkara yang anda cari (seperti genre muzik atau lirik lagu), kemudian pilih cadangan atau tekan Enter.
Hasil carian anda kelihatan dalam tetingkap Apple Music utama.
Cari muzik daripada kategori kegemaran anda
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih medan carian di penjuru kiri atas.
Pilih genre, suasana atau aktiviti, seperti Tarian atau Kecergasan.
Pelbagai jenis hasil kelihatan dalam tetingkap Apple Music utama—senarai main, artis ditampilkan, lagu dan banyak lagi.
Jika baru-baru ini anda mencari sesuatu (seperti lagu, artis atau album), anda boleh memilih itu berbanding kategori.
Untuk memulakan carian baharu, padam teks daripada medan carian atau pilih butang Padam dalam medan carian.