
Bekerjasama pada senarai main dalam Apple Music pada Windows
Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh berkongsi senarai main dan bekerjasama padanya dengan orang lain. Semua orang boleh menambahkan, mengeluarkan dan menyusun semula muzik dalam senarai main kolaboratif, serta memberikan reaksi kepada lagu dengan emoji.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Jemput orang lain untuk bekerjasama pada senarai main
Pergi ke app Apple Music
pada peranti Windows anda.
Pilih senarai main dalam bar sisi, kemudian pilih
.
Jika anda tidak melihat pilihan ini, sama ada anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple, anda tidak melanggan Apple Music, atau pilihan “Selaraskan pustaka” tidak dipilih dalam seting Apple Music: pilih
di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, pilih Umum, kemudian pastikan “Selaraskan pustaka” aktif.
Untuk meluluskan orang sebelum mereka boleh menyertai, aktifkan Luluskan Kolaborator.
Jika anda tidak mengaktifkan pilihan ini, sesiapa dengan pautan boleh menyertai senarai main kolaboratif.
Pilih Mula Bekerjasama, kemudian pilih cara anda mahu berkongsi senarai main—anda boleh menyalin pautan atau berkongsinya dalam e-mel.
Nota: Jika anda belum mencipta profil Apple Music, masukkan nama anda.
Pilih Selesai.
Jika anda pemilik dan anda mengaktifkan Luluskan Kolaborator, pemberitahuan kelihatan apabila orang baharu meminta untuk menyertai senarai main kolaboratif.
Tambah lebih ramai orang untuk bekerjasama pada senarai main
Jika anda pemilik senarai main kolaboratif, atau pemilik tidak mengaktifkan Luluskan Kolaborator, anda boleh berkongsi pautan ke senarai main kolaboratif dengan lebih ramai orang.
Pergi ke app Apple Music
pada peranti Windows anda.
Pilih senarai main kolaboratif dalam bar sisi.
Senarai main kolaboratif mempunyai ikon bekerjasama
di sebelah namanya.
Pilih
, pilih Jana Pautan (jika perlu), pilih Kongsi Pautan Jemputan, kemudian ikuti langkah untuk menjemput orang lain bekerjasama pada senarai main.
Pilih Selesai.
Urus seting dikongsi untuk senarai main kolaboratif
Jika anda pemilik, anda boleh menukar akses dan keizinan untuk individu atau untuk semua orang selepas anda mula bekerjasama pada senarai main.
Pergi ke app Apple Music
pada peranti Windows anda.
Pilih senarai main kolaboratif dalam bar sisi.
Senarai main kolaboratif mempunyai ikon bekerjasama
di sebelah namanya.
Pilih
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Jemput orang lain dengan pautan: Pilih Jana Pautan (jika perlu), kemudian pilih Kongsi Pautan Jemputan. Lihat Tambah lebih ramai orang untuk bekerjasama pada senarai main.
Nota: Jika anda tidak mengaktifkan Luluskan Kolaborator, sesiapa yang bekerjasama pada senarai main boleh berkongsi pautan.
Luluskan orang sebelum mereka boleh menyertai: Aktifkan Luluskan Kolaborator.
Terima permintaan: Pilih
untuk membenarkan orang menyertai senarai main kolaboratif.
Tolak permintaan: Pilih
jika anda tidak mahu orang menyertai senarai main kolaboratif.
Berhenti bekerjasama pada senarai main dengan satu atau lebih orang
Jika anda pemilik, anda boleh mengeluarkan orang daripada senarai main atau berhenti bekerjasama padanya langsung.
Pergi ke app Apple Music
pada peranti Windows anda.
Pilih senarai main kolaboratif dalam bar sisi.
Senarai main kolaboratif mempunyai ikon bekerjasama
di sebelah namanya.
Pilih
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Keluarkan satu orang: Gerakkan penuding ke atas nama orang tersebut, pilih
, pilih Keluarkan Kolaborator, kemudian pilih Keluarkan.
Berhenti bekerjasama pada senarai main: Pilih Henti, kemudian pilih Henti.
Keluarkan diri anda sendiri daripada senarai main kolaboratif
Pergi ke app Apple Music
pada peranti Windows anda.
Pilih senarai main kolaboratif dalam bar sisi.
Senarai main kolaboratif mempunyai ikon bekerjasama
di sebelah namanya.
Pilih
.
Lakukan satu daripada berikut:
Pilih Keluarkan Permintaan Penyertaan, kemudian pilih Keluarkan Penyertaan.
Pilih Keluar, kemudian pilih Keluar.