![](https://help.apple.com/assets/65BAA1DAEA4DE6CF17070043/65BAA1DA2AAF7868BB0FC0BE/ms_MY/1ff99fe65d5c4a3c725d661382080600.png)
Gunakan penapis untuk menunjukkan lagu dalam Apple Music pada Windows
Apabila anda mempunyai bilangan besar lagu, album atau senarai main dalam pustaka muzik, anda boleh menapisnya untuk menemui muzik yang anda sedang cari dengan cepat. Contohnya, taip “cinta” dalam penapis dan hasil yang mempunyai “cinta” dalam tajuk, artis atau nama album kelihatan.
![Tetingkap Apple Music menunjukkan senarai lagu yang kelihatan apabila “cinta” dimasukkan dalam medan penapis di penjuru kanan atas. Lagu dalam senarai termasuk perkataan "cinta" dalam tajuk, artis atau nama albumnya.](https://help.apple.com/assets/65BAA1DAEA4DE6CF17070043/65BAA1DA2AAF7868BB0FC0BE/ms_MY/c243570bb91e505a076efe1ef9b5cd27.png)
Dalam app Apple Music
pada komputer Windows anda pilih mana-mana item di bawah Pustaka atau mana-mana senarai main dalam bar sisi.
Pilih butang Tunjukkan Medan Penapis
di penjuru kanan atas, kemudian masukkan kriteria yang anda mahu padankan.
Semasa anda memasukkan kriteria, item yang sepadan dengan kriteria kekal. Untuk menunjukkan senarai penuh lagu lagi, pilih butang Batal
.
Nota: Penapis kekal aktif sehingga anda membatalkannya, walaupun apabila anda memilih item lain di bawah Pustaka (seperti bertukar daripada Lagu kepada Album).